Monday, 24 October 2011

I need an assistant

Yes...saat ini memang aku perlukan seorang pembantu. Daily helper pun jadi lah. Sesungguhnya aku tidak larat dengan housework nya..dengan kanak-kanak tu lagi. Aku memang dah letih dengan Danish yang lasak tak reti dok diam. Kalau hari off jer memang dia kena marah dengan aku. Sebab tak larat. Itu pun mujur rumah besar kangkang kera tak besar mana kalau tak lagi la tak bernafas aku. Dalam pada rumah tak besar banglo pun aku tak larat nak menjerit suruh budak-budak tu kemas. 
Kelmarin, aku pulun nak bagi Danish tidur sebab nak keluar cari kasut yang sesuai. Maklumlah nanti kaki kembang semangkuk dan nak bagi tapak kaki ni selesa. Tak juga dia nak tidur. Ingat kalau dia tidur aku tinggalkan jer dengan Luqman, bawa Muad'z dan kakak. Muad'z tu senang jer bagi dia corn in cup tu diam jer dia. Tak juga dia tidur. Nak tak nak aku angkut budak berlima tu pi cari kasut. Huh..kasut kemana apa kemana. Last aku cuma beli baju Muad'z dan waffle dan jagung untuk depa. Kemudian blah balik. Mula la aku nak tension meraban ni. Dengan Tok Laki busy tak ingat dunia, dengan semua aku nak fikir dan buat. Ingat nak beli barang-barang sikit2 tapi dengan keadaan macam ni entah bila boleh beli?Nak singgah beli kain batik pun tak sempat. Ohhh aku rasa macam nak meroyan ja dah ni!!! Dah tak boleh nak dabik dada dah yang aku ni wonder woman ka, supermak ka..sebab aku memang dah terkelepet macam tisu kena air ja ni. Dah la nak drive keta satu hal sebab stereng tu dah sangkut perut...nak bermanja suruh orang hantar pi kerja tulonn jangan berharap. Tempat keja aku di selatan pulau ni yer suka atau tidak kena la drive sendiri....
Tension woiiii. Aku nak cari helper tapi kat pulau daik bercabang 40 ni susah nak carik. Kalau belah mainland tu petik ja gitar jari senang jer dapat. Double tension la pulak!!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin