Thursday 20 October 2011

My Happiest Moment



My Happiest Moment!!!!!! Bagi yang bergelar ibu anak-anak adalah segalanya. Ibu dan bapa sanggup berkorban untuk kepentingan anak-anak. Semua ibu-bapa mahukan yang terbaik untuk anak mereka.  So did i !. Saat yang paling gembira bila melihat anak-anak gembira, sihat sejahtera dan hidup dalam suasana harmoni. Persekitaran  seperti inilah yang diperlukan untuk  tumbesaran anak-anak.

Ok..gambar ini diambil semasa hari raya aidilfitri yang lalu. Si Abang dan Adik yang kami gelarkan Ateh dan Muad'z memang pantang tengok kamera. Nampak saja kamera macam-macam gaya yang diaksikan tanpa perlu di suruh dan di ajar. Gaya seperti gambar diatas adalah idea si Abang iaitu Ateh. Selamba saja dia buat aksi kepala ke bawah kaki ke atas dan diikuti oleh Muad'z dan cepat-cepat kami ambil gambar tersebut. Pada kami saat itu adalah saat "spontan" dan merupakan "saat bahagia saya" dan keluarga tambahan pula di hari raya yang mulia. Semoga saat-saat bahagia seperti akan terus kekal dan berpanjangan dalam keluarga kami.

1 comment:

Nora Deena said...

aksi terlampau nih ! :)

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers