Friday, 11 November 2011

Double tension!!!

Masa mengandung jangan tension-tension nanti kena darah tinggi. Tapi nak buat macam mana putaran hidup ada happy ada duka baru lah seimbang. Ada anak ramai pun satu cabaran juga. Ramai yang kata kecik-kecik memang la susah tapi bila anak dah besar senang ibu-bapa. Tapi part nak tunggu anak-anak besaq tu yang rasa lambat sangat. Besar tanggungjawab ibu-bapa nak mendidik anak-anak kan? Macam kami ..boleh dikatakan 100% aku yang urus anak-anak. Bukan menidakkan tanggungjawab abahnya tapi hampir 90% masa EA di tempat kerja. Kalau penat sangat memang tension dengan keadaan ni tapi kena la redha dah tu pintu rezeki kami. Kau nak ker laki kau tak kerja dok rumah mengangkang??? 
Tahu..anak-anak aku bergaduh dengan anak orang depan rumah aku. Semalam dia mai jumpa aku. Kejadian ni  dah 4 hari berlalu. Dia dah siap pun marah-marah anak-anak aku. Ok aku diam jer. Pada aku kita harus neutral sebab kita tak der kat tempat kejadian jadi aku tak pasti anak aku betul atau anak aku salah. Mesti la budak-budak ni akan tegakkan benang basah kata depa tak bersalah. Oh semalam dia siap kata anak dia bersumpah-sumpah lagi yang dia tak mula dulu. Erkk budak umur 8 tahun tahu ker apa makna sumpah? Aku selalu pesan kat anak2 aku jangan guna perkataan sumpah kalau tak tau apa makna sebenarnya SUMPAH tu nanti jadi SAMPAH. Ok aku menangis kelmarin sebab bukan apa..aku letih tetiba balik disogokkan pasai tu pula dan memang kaw2 dia kata anak aku bersalah. Opss masa dia confront dengan anak2 aku siap dia kata "aku ni tak pandai didik anak2" Alhamdulillah...ya benar aku memang tak pandai tu sebab aku masih belajar lagi tak macam dia yang perfect sesangat. Time tu aku memang tak der mood nak berbalas cakap. Aku angguk  sambil lewa jer. Kiranya kami kat situ memang bawa masaalah la pada keharmonian depa kat situ. Orang tak waras pun nak duk dalam keadaan aman tak mau gaduh2 apa tah lagi orang waras. Sesungguhnya aku pun tak ada niat nak cari pasal dengan orang lah. Bila hari off aku duk melepek dalam rumah dengan anak2. 
Tak pa lah kita doa minta petunjuk..jika benar aku di pihak yang salah minta Allah bagi hidayah jika dia di pihak yang salah..Allah pasti tunjukkan. 


Noted: Aku sendiri tak paham apa yang aku type kan ni. Cuma orang yang kita sangka baik dengan kita pun belum tentu baik dan jujur di belakang kita...maka hati-hati lah.

2 comments:

Deena Yasmin said...

siyes jer bunyi nyer.. tapi awok respek la coz kome bleh lg sabar... ada peluang pindah jer nnt nita..klu dah hari2 hadap menda yg sama mau ilang sabar.

Madam Casper said...

Ishhh ikut hati mmg nak balas balik...tapi awok letih sgt semalam dan nnt kita sama level dgn dia..dan macam P.Ramlee kata "low class" keh keh keh . Tu la dok cari rumah lain..laki awok pun kata kita pindah jer ler..macam la hebat sgt dok flat nih. Cuma tu la hati awok dah cuak dgn bby sitter awok rasa macam dia double face ja.

Blog Widget by LinkWithin