Thursday, 10 November 2011

Tak larat huhu

" Tak larat sesangat aih nii" EA angkat kening ja bila aku kata macam tu. Aku ni rasa macam nak roboh dah sebelah badan. Bila si kecik dalam perut ni sesekali mengeras...adoiii sakit la pulak. Last sekali baring ja dalam bilik. Tapi korang ingat aku boleh baring seenaknya ka? Jangan mimpi la...rumah aku yang sebesar kangkang kera reban ayam tu sapa nak tolong kemas? Kain baju aku yang sebakul besaq tu sapa nak tolong sidai? Yang dah berbasuh sapa nak tolong lipat kemas?? Aku gagahkan diri kemas bilik aku jer bilik budak2 tu lantak apa nak jadik pun jadik lah. Sesekali aku intai mak oiii mau pitammmmmm..tunggang langgang...kalah kapai lanun yang nak pecah. Memang aku tak berani nak jenguk bilik budak-budak tu sebab rasa ngeriii. Jadi aku cuma jerit suruh depa kemas jer...baju-baju kotor letak dalam bakul senang nak kutip basuh.
Aku dah pun 28 minggu bersamaan 7 bulan lah kan. Pantas betoi masa berputar.  Lagi 2 bulan aku dah nak bersalin...fikirkan pintu labor room tu pun aku dah ngeri sesangat walaupun dah 5 kali beranak. Rasa aku tak kuat sangat kali ni.Mandom kata orang Kedah. Apa pun doakan semuanya berjalan lancar yer!!

No comments:

Blog Widget by LinkWithin