Thursday, 8 December 2011

Patut tiada jodoh

Dah tak ada jodoh. Jadi kena la redha dan terima kan?. Kenapa nak ungkit-ungkit kisah lampau??. Ishh..tension dan sakit hati rasanya. Kalau dah perangai keras kepala, baran, cakap ikut sedap mulut yang tak der insuran. Masa berkasih-kasih dulu (tak la sampai 100% sayang dan cinta kan si dia) makan hati jer dengan cara dia. Cakap ikut sedap mulut dia, masa kita nak balik KL sebab nak ambik barang-barang sebelum pindah ke tempat kerja baru hemoi jer dia nak ikut. Yang lawak nak ikut sebab nak tolong angkut barang tapi haremm nak kuarkan duit tiket bas. Konon tak der duit padahal time tu dia dah jadik sojar weiii. Berbakul kena maki dalam hati. Choiii. Yang lawak ada ker dia bagi tau mak dia duit dia hilang dari simpanan dia. Dan best tu dia simpan dalam ASB. ASB bukan ada ATM card la weii agak-agak la kalo nak tipu. Mak dia syak duit anak dia kena pau cissss..
Bila start kerja kat tempat baru, tetiba dia jengoi konon risau keselamatan la pulak. Rasa macam nak curah air laut jer ker muka yang tak tau kulit apa patut tak malu. Lelama bila dah jarak jauh, hubungan tu dah jadik suam-suam kuku. The best way is diam jer..semua surat-menyurat tak berbalas. Serius time tu dalam hati tak der la angau kat dia sampai tak boleh lena malam. Biasa jerr. 
Masa berlalu...13 tahun lost contact..jumpa dalam FB. Memula tanya khabar, ok la..sembang pasal family masing tup2 kisah yang lalu nak ungkit balik.Choiii ada aku kesah?? Tapi bab ayat dia mentioned mujoq tak jadik bini dia sebab selalu kuar masuk operasi tu ishh panas hati, peparu aku, dan puji melambung wife dia yang konon setia ya amat ishhhh kalau depan mata mau aku bakar jer kasi rentung padahal kulit memang rentung dah pun.
Dia ingat kita nak biaq mulut hebiaq dia..time tu juga kena serangan balas. Tau plak mengaku kalah. Mula aku nak start menyampah pada orang ni.

2 comments:

mamaijat said...

...ha ha ha..sabar aje lah...

Madam Casper said...

hahahahah tensionn betoi

Blog Widget by LinkWithin