Friday 27 April 2012

Credit agent!!

Aku nak share cerita pasal credit agent.Fuh 2x5 macam along juga la gayanya. Start aku masuk kerja lepas habis cuti bersalin tu tak henti2 dia call aku. Push aku suruh buat payment RM3K++ mula-mula tu. Aku refused  aku kata aku tak de RM sebanyak tu. OK lepas tu dia suruh aku buat RM1K++. Aku kata aku try. Dateline sampai semalam. Tapi sampai semalam aku tak buat payment. Aku dah agak la kan mesti agent2 ni akan call aku. Ya lamaran mak benar belaka. Sampai ajer kat opis pukul 9 tepat tu hp aku berdering. Malas aku nak jawab. Telefon kat opis aku pun berbunyi. Kebetulan line telefon tu breakdown. Jadi pihak sana tak dapat dengar suara aku dan aku tak dapat dgr suara pihak sana. Ingatkan habis disitu. Tapi rupanya dia call pulak HR di KL. Dapat lah aku email dari HR pasal mamat credit agent ni. Adoii gigih betul lah maklum lah mesti dapat komisyen byk kot. Aku memang tak nak jawab call dari mamat CA (Credit Agent) tu sebab kalau aku jawab sure aku pun sama naik suara dengan dia. Lepas tu aku teruskan kerja macam biasa. Dapat pula email dari HR. Wah ini sudah lebih, dia fax nama aku dan no i/c aku suruh aku returned call ke dia. Ada aku kesah? Sebab aku dah plan esoknya (hari ni ler) aku nak ke bank. Settle sendiri dengan bank tanpa pihak ke 3, 4, 5 6, 7....
ini yang di fax ke HR di KL.

Pagi tadi aku ke bank.Officer bank pun confirm itu adalah credit agent. Agent jer tapi kureng asamm banyak la. Dia ingat dia terea bila dia keluarkan ayat yang account gaji aku akan di freezekan, naik court la tu la ni lah. Ingat aku nak takut ker, aku pun sekolah juga lah. Jadi lepas discuss kepong kepang..maka settlelah hal ni. Lega. Bank pun kalau boleh nak elak juga bayar komisyen pada mamat CA ni kan? 

penyelesaian yang di capai antara aku dan pihak bank

Kalau sesapa ada masalah macam aku, sila terus berjumpa dengan pihak bank. Buat penyelesaian direct dengan pihak bank senang.Aku tidak tahu lah apa reaksi si mamat CA ni bila tau aku sendiri dah settle dengan pihak bank...ermmmmm rasa macam nak call bagi tau jer ler hak3x..


p/s: Terima kasih byk kepada staff Ambank yg byk membantu ;)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers