Friday, 27 April 2012

Di test lagi

Kemarin adalah hari test betoi. Mereng sat aku kemarin. 

1. Pagi2 credit agent call. Stress

2. Pukul 1 keluar ambik Bang Teh, kereta padam tepi jalan. Hujan. Dah nampak signal minyak menyala tapi  gagah juga. Petronas tu ramai orang ingat sempat nak ke Petronas dekat sekolah Ateh.Menapak ke rumah kawan minta tolong-Stress

3. Balik opis. Perut berdangdut minta di isi tapi tak sempat. En.Atan call bagitau kami kena pindah. Stress

4. Fikir mana nak cari rumah, nak pindah, lepas tu plan nak balik kg kena kensel sebab nak cari rumah. Stress

5. Balik rumah. Kakak mereport, abang dan bangchik main bola dalam rumah, sepak bola melambung kena segala pasu, cawan ala2 english style yang baru nak kumpul. Habis jatuh hancur berderai. Stress.

Stress aku kelmarin. Tapi yang stress sampai ke hari ni bab nak pindah dan cari rumah lain. Kami dah serasi dok situ, tapi terpaksa pindah. Adalah kisah nya malas nak cerita. Tapi nampak gaya kena pindah la juga. Ada hikmah disebaliknya sebab mertua aku nak mai sini. Jadi of coz la orang tua berdua tu tak larat panjat tangga kan. Pindah nanti tak payah la depa kena kerabat tangga dan terkurung dalam rumah jer. Anak2 pun boleh la main beskal nanti hehehehe.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin