Cuba letakkan diri kita di tempat orang yang ditimpa musibah. Bila orang tu mengadu sila faham dia bukan nak duit kita, tagih simpati. Cuma mungkin dia perlukan seseorang untuk dia meluahkan isi hatinya. Cuba belajar untuk menjadi pendengar yang baik. Cuba belajar untuk rasa beratnya bebanan yang dia sedang tanggung, rasa sakit hatinya yang terluka.
Sepatutnya kita bersyukur kerana kita tidak perlu menanggung berat bebanan yang ditanggung oleh orang itu. Kita tak payah nak cari ubat untuk hati kita yang luka. Jangan riak dengan apa yang kita ada dan miliki. What goes around comes around". Mulut kita memang senang membuat menitahkan hukuman tapi pernah kita fikir perasaan orang yang mendengar titah tu??
Apa yang aku cuba cerita ni? Ermm ini cerita betul. Cukuplah bagi hint gitu. Orang yang diuji Allah tu pun dah ok. Cuba balik bina hidup dia. Biasalah kan..nak senang bukan mudah tapi cukup mudah untuk susah. Ini yang aku pegang. Aku pun pernah alami dulu. Jujur kalau semangat tak kuat, hati tak "kering" memang boleh mereng. Tapi bila pandang muka anak-anak, ada satu perasaan yang menusuk hati yang sentiasa berbisik" aku perlu kuat" . Faham satu jer, Allah takkan uji hambanya jika hambanya tidak mampu menanggung ujian tersebut. Syukur, kami berjaya melalui itu semua. Dan jika dicabar untuk melalui saat getir itu balik, maaf!!!! cukup hanya sekali dan aku tak mau sudah.
Maka, jika ada sahabat yang sedang merentas keadaan itu, aku cuba sedaya untuk mengurangi beban mereka. Jika tidak mampu dari segi RM,cukuplah sentiasa mendepang tangan mendengar luahan hati mereka.Betulkan????
No comments:
Post a Comment