Tuesday, 22 May 2012

Awat susah???

Susahnya bila niat kita di salah ertikan  kan? 
Naper payah benor? Kalau tak nak join pergi jer dok jauh-jauh, tengok jer bukannya dapat duit. 
Fuh ingat lagi aku citer pasai Alya? Anak yang tidak bernasib baik tu. 
Aku saja la sembang dengan dia. Petah budak tu bercakap tak padan dengan umur 7 tahun. Aku kata Alya kena belajar rajin2 sampai pandai, bila pandai dapat kerja bagus gaji bagus Alya boleh beli apa saja yang Alya nak. Dia diam kemudian dia jawab:

Alya: Macam mana Alya nak pandai, Alya selalu ponteng sekolah, Alya tak pandai baca. Sapa pun tak ajaq Alya buat kerja sekolah.
Aku: Jangan ponteng sekolah, nanti acik beli jam loceng, pukul 6 jer bunyi Alya bangun siap pi sekolah dengan Abg Arif.
Alya: Sapa nak seterika baju Alya? Duit sekolah Alya sapa nak bagi
Aku: Kakak kan ada..minta kakak la seterika
Alya: Depa tu malas bangun awal..Alya takut nak gerak depa. Nanti kena marah.
Aku tengok muka dia .Anak-anak aku patut bersyukur sebab depa masih ada aku dan En.Atan.
Alya: Tapi kan makcik nanti kalau Alya kerja bagus dapat duit banya mesti depa minta duit Alya. Alya tak mau bagi.
Aku gelak dengar cakap dia. 
Aku: Jangan la kedekut, depa kan jaga Alya.
Alya: Jaga apa, depa selalu tinggai Alya, Alya dok sorang2 kat bawah tu, nak dok dalam rumah depa tak bagi. Hari tu cikgu Alya ajak dok dengan dia tapi abang tak bagi. Makcik bawa Alya dok rumah anak yatim la senang ada orang jaga Alya. 
Aku: Kan raya nanti mak Alya nak balik. Sabaq la
Alya: Biaq la, Alya dok rumah anak yatim senang...

Aku cuma jumpa kisah Alya ja. Banyak kisah lain lagi kat luar sana. Alya sorang pun aku macam tak daya nak bantu. Nampak sangat bila dia tension dia akan cubit-cubit anak saudara dia (anak abang dia). Jiwa dia tertekan. Masyarakat dah makin mengamalkan sikap "kita-kita ajer" yang keterlaluan. 

Akhirnya aku di beri amaran jangan sibuk hal Alya lagi. Sekian. 

2 comments:

Lizan said...

matangnya si alya.. banyak benda dalam fikiran dia..walaupun baru 7 tahun..

Madam Casper said...

Lizan
Memang kalau dgr dia bercakap geram. Petah macam org tua2. Cuma nasib dia ja yang tidak berapa baik. Kesian dia. Kalau dia tgk abg dan kak ipar dia balik siap buat mimik muka lagi...akak selalu marah dia. hahahaha

Blog Widget by LinkWithin