Saturday 5 May 2012

Bagaimana??

Rasanya keadaan makin meruncing. Luqman trauma dengan orang depan rumah aku. Punca?? Benda ni dah lama tahun 2011 lagi kisahnya. Depa main bola Luqman tersepak bola tu kerumah orang dan orang tu ambik bola anak orang depan rumah aku. Tak di pulangkan balik. Ingat dah habis kisah tu. Bebaru ni budak2 tu bergaduh kat padang  bukan padang pun cuma playground ja. So si anak balik mengadu kat mak dia pasal kes bola dia. Maka si mak ni tunggu si Luqman . Setiap hari diasak suruh pi tuntut balik bola anak dia kalau x dapat bola minta ganti rugi. Bola mahal ok RM 59.90 dan kami tak mampu nak membeli bola semahal itu. 
Yang membuat aku marah dan geram, kenapa dia tak datang terus jumpa aku? Tak sampai sepuluh langkah kalau dia nak melangkah ketuk pintu rumah aku. Tolongggg..aku masih buat tak kisah sebab aku nak elak dari perang mulut. Bukan kelas aku nak bergaduh, berperang mulut dengan orang macam tu. Maaf aku riak di sini, tapi itulah kenyataannya. Apa kelas aku nak bergaduh dengan suri-rumah yang dok rumah tapi malas nak masak dan rumah tunggang langgang? Yang dia tau sibuk mengintai hal jiran di tingkap bilik air dia. Maaf aku tak label semua suri rumah macam tu cuma dia sorang jer. Aku ada kawan yang suri-rumah tapi dia orang suri rumah yang ada standard. Maaf jangan terasa!!!
Kebetulan, hari khamis kami keluar sebab nak mencari rumah. Ya kami dalam proses nak pindah rumah. Ini pun salah satu sebab kenapa kami nak pindah. Yang lain sebab mertua aku nak datang kan...jadi kami nak beri yang terbaik untuk depa. Ok bila dia nampak aku kat pintu dengan Luqman sbb sibuk nak kunci pintu terus dia mai confront aku ler tanya ;Luqman dah minta bola belum..aku sound dia kenapa masa benda ni jadi kenapa anak dia tak bagi tau time tu jugak? Past is past la..ko ingat orang yang peram bola tu pun nak ingat ker? Then dia sibuk cerita pasal kes Luqman sepak bola kena tingkap rumah orang. Ermm aku dah tau pasai tu dan Luqman pun dah jumpa tuan rumah tu minta maaf. Ok anak aku di label "jahat" oleh dia. Ok lah anak aku jahat aku redha...
Tolong aku kelabu tak tau nak buat macam mana .Luqman risau bila aku dan abahnya pi kerja nnt sebab dia memang suka tunggu Luqman. Kesian anak aku. Doa aku cepatlah kami dapat rumah lain, memang kami tak sesuai tinggal di kawasan ala2 beverly hills ni walaupun cuma rumah flat . Agaknya dia ingat kami ambil sikap mendiamkan diri ni kami takut, sebab tu dia rancak menekan kami? Ermm sebenarnya kami ambil sikap mendiamkan diri sebab kami tak mau mengeruhkan keadaan. Tu jer malu weii nak perang2 mulut dah tua bangka.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers