Wednesday, 30 May 2012

Bila terjerat dengan along

Geram aku dengan sorang kawan ni.Kawan lama.Kawan dari zaman sekolah menengah. Dari zaman dok asrama. 
Sebelum ni dia ada bagi tau aku nak buat loan dengan ceti haram ni. Bukan untuk diri dia tapi untuk ahli kumpulan dia dalam AIM. Susah juga kalau dalam hati ni perasaan belas kasihan melebihi had yang sepatutnya.
Bila dia tanya pendapat ak, sah2 la aku larang dia. Jangan dok tebiang cari bala. Ok dia pun mengaku la tak nak buat. Lepas tu aku cuti bersalin 2 bulan. Rupanya dalam masa aku cuti tu dia buat jugak la loan dengan along, ceti halal haram. Niat dia memang murni. Nak tolong kawan. Kawan tu pulak berjanji nak bayar balik duit along tu bila dapat duit AIM. Last sekali nan ado orang tu bayar. So sekarang ni kawan aku tu tak dak beban batu dia galas. Duit loan kat along tu dia tak guna, tapi la ni along dok ligan dia untuk bayar utang. Orang yang dia tolong tu dah cuci tangan dah. Aku rasa macam nak lepuk dua tiga das kawan aku nih. Bantah. 

Hasrat dia nak mendirikan rumahtagga pun terbantut sebab kes along ni la. La ni duit gaji habis ke along tu. 

Nanti aku sambung citer pasai ni ..............

1 comment:

mamaijat said...

...orang tua2 kata ..x de beban batu digalas...

Blog Widget by LinkWithin