Thursday, 31 May 2012

Begitulah rencam manusia

Hari ni kita sembang pasai rencam manusia. Ini adalah dari pandangan hati dan kepala otak aku sendiri. Tertanya-tanya aku kenapa la kita ni kalau seseorang tu melakukan satu kesilapan dan melukakan hati kita terus kita blacklist dia?100 kebaikan yang dia buat untuk kita terus kita sapu liquid paper?Awat kita tak terima kekhilafan seseorang tu dengan hati yang terbuka? dengan redha? Balik kepada basic, manusia ni mana ada yang sempurna. Se-berhati macam mana pun mesti melakukan kesilapan.
Lepas dah marah oh kita kata yang bukan-bukan pulak. Kira ayat yang keluar dari mulut tu ikut suka hati la. Biasalah time marah-marah tu setan pun masuk sama. Allah..kita langsung lupa time tu hidup kita umpama roda, yang menentukan turun naik hidup kita bukan kita tapi Allah Yang Esa. Macam mana kita maki-maki orang tu kemudian bila kita susah kita tala balik kat orang yang kita maki tu melutut minta tolong. 

Boleh bayangkan kat mana kita nak letak muka kita? 




No comments:

Blog Widget by LinkWithin