Tuesday, 5 June 2012

Life must goes on...



Salam semua di fb, di saat ini saya dan Johan tak dapat tidur mengenangkan permergian anak kami, Yasmin Johan ke rahmatullah pada jam 11.50 malam @ 3hb June 2012. Saya ucapkan ribuan terima kasih pada semua yg memberi ucapan takziah melalui fb dan mesej2 lain. Yasmin seorang anak yang baik, bijak, sopan santun dan amat cantik dimata kami dan seorang yg berakhlak tinggi. We will miss her dearly but we will never miss her in our prayers. We still remember her childhood, school days and as a daughter she made us proud. Semoga roh beliau berada disisi orang yg beriman.
 · 7 hours ago · 


Ada korang baca berita tak? Pasal 3 remaja perempuan yang dilanggar van dan mati di tempat kejadian pada 1150 mlm @ 3/6/2012. Berita ni sedikit sebanyak mengejutkan aku. Sebab aku kenal salah seorang parents mangsa yang meninggal. Bapanya HR Director tempat kerja aku dulu. Bapa dia memang soft spoken baik. Anak nya aku kenal dan dok usik2 masa dia kecik dulu. Now dah 17 tahun rupanya. 

Dekat twitter arwah Yasmin menjadi trending. Ramai pulak yang tiba2 sibuk search pasal dia. Mungkin sbb surname "Hunwick" yg dia guna kot. Ya dia mix-blood. Cantik betul arwah. 

Seharian semalam aku tak dapat fokus nak buat kerja. Bengongkan? Ya lah aku cuba letakkan diri aku di tempat keluarga arwah. Anak sulung pula tu. Ermm mungkin mereng jadinya.

Walaupun aku setiap hari geram dengan karenah anak-anak aku yang multi punya perangai. Tapi kalau salah seorang tak ada memamg tak senang duduk. Mulalah 5 minit sekali aku call. Padahal budak tu balik kg jer pun. Kalau anak aku turun main ka or pergi mengaji lambat balik mula la aku runsing. Hati tu terfikir yang bukan-bukan. Bila nampak jer muka dia orang rasa lega sangat tapi sebelum tu kena la ceramah dulu hahaha. 

Sesungguhnya anak-anak ni anugerah yang tak ternilai hebatnya kan? Serius masa aku mengandungkan Che Nah, aku tertanya-tanya pada diri aku sendiri kenapa lah aku mengandung? Ya soalan bangang aku tau. Aku tanya aku yang jawab. Jawapannya mudah aku sebenarnya insan yang terpilih untuk di berikan rezeki yang cantik ini. Bila Che Nah selamat keluar menghirup udara di atas dunia ni aku bersyukur sangat sebab begitu indah dan cantiknya anugerah yang aku dapat. Sesungguhnya Allah tu cukup adilkan? Aku kurang dari segi harta benda, RM apa lagi. Baju sendiri pun beli bundle jer. Ya la RM 5 dah dapat blouse yang cun. Ok apa kan?? Tapi Allah anugerahkan aku dgn 6 orang budak yang comel-lote, banyak akai, dan sihat sejahtera. 
Ada kawan aku yang dah 9 ke 12 thn berumahtangga menmatilah nanti kata 
mengumpat dan riak pulak. tapi belum di berikan rezeki untuk mengendong cahaya mata. Tapi of coz lain pulak keadaan mereka bila 2 kali setahun dapat pi melancong, beli dinner set corelle -eh related ker nih- hahaha aku pakai milamine dah pinggan yang dok dalam kotak sabun basuh Daia ja. 

Memikirkan lebih baik lah anak2 aku lasak macam tikus cencurut lari bila nampak kucing dari aku laki bini kena pulas stereng keta ke hospital sebab anak tak sihat. Aku bersyukur ya Allah dengan anugerah ini.Kata wife cousin aku...anak ramai ni murah rezeki. Setiap anak dank kanak2 ni ada rezeki nya. Anak dan kanak2 ok. Jadi jangan la sombong dan kedekut dengan kanak2. Bila anak org lain nakal jangan kau suka hati nak label anak orang tu jahat. Kan nanti kata-kata tu terpalit kat anak kau ..susah nanti. Jangan la pula kau marah2 bila ada bebudak minta 5 posen kat kau sebab nak beli ais-krim. Kot esok lusa budak tu yang kau minta tolong untuk beri kau segelas air buat penghilang dahaga. Dan yang penting nasihat la anak kau yang tua bangka tu jangan aniaya anak aku ok. 

Apa yang aku lalut ni? Aku sorang jer paham la kalau korang tak paham hahaha. 

Kawan2 sedekahkan lah Al-fatihah untuk Arwah Yasmin Johan @ Yasmin J Hunwick. Sesungguhnya mati tu tak kira tua atau muda. Insaf

No comments:

Blog Widget by LinkWithin