Tuesday, 5 June 2012

Tau minta jer

Serius aku tau tadah tangan jer minta duit dengan En.Suami. Boleh macam tu? Boleh la gamaknya. Serius aku tak tau berapa basic salary dia. Hahaha. Aku pun tak tau berapa nett pay dia. Yang aku tau bila time dia gaji dia hulur aku rembat. Hahaha. Lepas tu kalau dah habis aku minta dia hulur begitulah seterusnya. Hujung bulan aku buat list jer apa yang perlu di bayar lepas tu bagi note tu kat dia. Expenses kita orang tong-tong ya..almaklum lah ramai2 ni belanja besor la jugak. 
Dolu-dolu aku sibuk la jugak ambik tau hal2 ni, kepoh nak tengok payslip dia. Sekarang aku rasa macam over kepoh plak kalau aku buat macam tu. Jadi kalau time nak isi borang sekolah ker apa ker yang perlu di cerita pendapatan si bapa @ suami maka kena la call tanya dan sms. Terpulanglah pada  diri masing-masing kan. Ada juga yang isteri tak kerja, si suami kena serahkan nett pay tu sebiji macam yang tercatit dalam payslip. Kalau dalam payslip tu ada charge untuk cityledger (org keja hotel tau la apa kejadah nya) maka haru di soal siasat. Sampai kat aku pun di call siasat beb!!. Pity la kat si suami tu. Apa nak buat sabor jer ler. 

Tapi kan masa aku tanam anggur 6 bulan, dapat duit belanja dari En.Somi  adoi aku memang belanja untuk keperluan anak-anak jer. Panties getah longgar pun aku tak berani nak beli. Kalau aku beli aku rasa bersalah sebab macam salah guna duit dia pulak. Padahal dia yang penat berkerja. See baik tak aku??? Baik kan?? Bila dah kerja balik ni maka sukasukiakulanakberpoyapoyasebabtuduitakuhahahahatapitetapbelibajubundledenganregaRM5adaakukisah??

OK ler perut dah berbunyi nak makan sandwich air tangan anakanda tercinta yang badan jer besor berketak-ketak 12 pack tapi sebenarnya manja mengalahkan Little Lady Boss==========> che nah ler tu :)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin