Thursday 7 June 2012

Rangkum sekali

Rangkum sekali la semua cerita. Idea (tapi sebut e-d-e) nak bercerita banyak nih. Entah la sejak dua tiga menjak ni aku asyik jadi lupa. Nak kata tua tu rasanya 35 tu masih muda lagi kan? (Angkat kening pada yang juih bibir) Nak kata aku minum air ada semut tu ishh mustahil. Sebab aku dah tak boh air dalam esbok sebab kami pakai tekan jer nak air hot, room or cool. Oh terima kasih kepada En.Suami yang memudahkan kerja dgn  memasang COWAY. Ehh dah setahun pun guna hari ni baru nak bercerita?? Hehehe. Lagi pun aku guna instant kopi, milo . Bukan apa kalau guna yang nak kena cedok tu korang paham-paham la berapa kerat yang masuk dalam cawan dan berapa kerat yang jatuh atas lantai kemudian di biarkan begitu sahaja. Dan yang paling aku tak tahan si Bang Chik dia buatnya milo tu macam sagon.


KAMI BUKAN ALONG KAMI CUMA NAK TOLONG

Ingat lagi hampa dengan entry aku pasai along ni. Alah yang kawan aku tu buat loan dengan loan-shark ni sebab kesian nak tolong kawan dia. Alhamdulillah kes dia dah selesai. Sapa yang tolong? Sapa lagi kalau bukan apak dia la. Keluarkan duit simpanan dia sedebuak..lepas tu bagi kat anak dia -kawan aku la tu- untuk pi sedekah kat loan-shark tu. Apak dia pun macam aku juga suruh dia bertaubat nasuha jangan buat kerja macam ni dah. La ni target kawan aku dia pulak nak jadik loan-shark buru kawan yang  buat dia hampir mereng, merana almost 6 month ni. Ok aku restu tindakan dia. Kejor yop kejor sampai lubang jamban cacing.

BFF



Hampa ada best friend forever or bff? Saheh ada tu. Haha aku dulu pun ada. Dulu ok. Bila dah dulu tu maksudnya 17 tahun yang lampau. Dulu ke hulu ke hilir bersama. Dia dating dengan bf dia pun aku tercongok teman dia. Bodoh bila di fikirkan balik. Bila akhirnya orang tak hargai kita pun. Malas aku nak cerita berela-ela pasal ni. Finally kesudahannya tak kemana bff tu. So now aku ber bff dgn anak-anak aku jer senang :)



No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers