Wednesday, 13 June 2012

Helper

Rasanya aku perlukan helper la.Tak dan nak maintain kemas rumah, basuh baju, basuh pinggan mangkuk , lipat kain dan sebagainya. 
Nak2 tak lama lagi nak pindah rumah. Lagi tak sempat rasanya.
Tapi part nak cari helper yang baik, tahan dengan karenah kita dan anak2 yang boleh kita buat macam sedara tu yang susah tu. Lagi2 aku yang susah jugak nak percaya dengan orang asing bab nak tinggal anak2 nih dan nanti dia nak dok sekali dengan kita pulak. Ishh selesa ker En.Atan nanti . Ya la dia dok rumah mana berbaju nanti ada orang asing nak kena pakai baju la kan. Hahahaha.  Masa hantar si Muadz tu mau aku balik diam2 pasang telinga. 2/3 hari jugak. Line clear baru lega hati aku. Tapi bila dah komitmen bertambah ni aku rasa aku tak mampu lah. Pindah rumah nnt jaraknya lagi jauh dari tempat kerja aku. Aku nak kena singgah ambik Ateh dan Che Nah lepas tu nak kena ambik Muadz lepas tu htr budak2 pi mengaji, lepas tu nak buat kerja rumah. Hantar abang tuisyen, wahh banyak kerja kalau nak di karang memang tak habis. Tulon laaaa.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin