Monday, 14 May 2012

Menyesal???

"Ibu menyesal ada anak macam kami? Yang selalu bagi ibu pening kepala?"
 Soal si anak kepada ibunya.
"Menyesai? Nak menyesai buat apa? Kalau menyesai kecik2 lagi ibu dah bagi hampa kat orang tau. Memanglah ibu letih dengan telatah hampa ni yang sorang macam tu, sorang macam ni tapi ibu happy sebab ibu ada hampa semua" Jawab si Ibu
"Ya la kami kan suka buat masalah kat ibu, bagi ibu pening kepala nak pikir pasai kami" Kata si anak lagi.
" Explain please" simple jer jawab si ibu.
" Kan orang kata kami jahat sebab kes bola tu...." Pap si ibu menepuk dahi sendiri. Tangan si anak di tarik di suruh duduk. Ibu pun mula berceramah.
" Tak ada istilah menyesal dalam hidup ibu bila ibu ada hampa semua. Biar ibu penat balik kerja tengok rumah macam kandang kuda, biar ibu terpaksa berleter kat hampa. Kena 30 kali basuh cawan pinggan hampa makan. Hampa anak-anak ibu dan abah. Biar orang nak nilai hampa macam mana pun, tapi hampa tetap istimewa kat ibu. Kalau jahat macam mana BangChik boleh jadi Pengawas? Kalau jahat macam mana prestasi pelajaran abang meningkat sampai cikgu panggil abah kesekolah, minta terus pantau abang. Tolong jangan layan benda-benda macam tu lagi. Peduli apa orang nak kata. Yang penting kita jangan buat macam yang orang kata tu Ok." 
" Kalau kami tak buat apa yang depa kata tu maknanya fitnah kan? Ustaz kata fitnah tu dosa besar kan" Soal si anak. Ibu hanya angguk kepala.
" Abang nak doa dalam semayang, moga Allah tunjuk perkara yang benar" 
"Ok" jawab ibu sambil bangun minum air. Hati Ibu tu sebak sebenarnya dengan apa yang si anak lalui.

Teruslah bersabar :)


2 comments:

mamaijat said...

.....mamaijat tumpang sebak....
begitu telusnya hati anak2...

sebaliknya,mungkin ada juga orang tua yang berperangai macam anak2.....

dunia dah terbalik...

Madam Casper said...

Agaknya tu lah dugaan anak ramai ni kan? Dah pesan dgn anak2 buat hal sendiri sudah.

Blog Widget by LinkWithin