Thursday, 21 June 2012

Postponed

Rasa macam nak postponed ja pindah rumah. Tunggu kot2 ada rumah lain yang lebih sesuai keadaannya. Belum bincang lagi dengan En.Atan. Aku dah recce2 orang pasai area yang kami nak pindah tu. Mostly semua negatif. Tapi semalam En.Atan bagi tau next week nak pi sign agreement. Terkedu aku. Walaupun sekarang aku tinggal kat flat , berhadapan dengan jiran yang "high class" tapi aku suka juga la tempat ni sebab dekat dengan pekan. Klinik, bank, kedai, ismail grp, idaman suri, kfc, mcd dan tempat shopping dekatt. Senang nak hantar anak2 pi kelas muzik (yer lepas upsr nanti Luqman belajar main gitar). Bab ni kena ikut orang Cina sebab depa bagi pendidikan kemahiran kat anak-anak depa, at least kalau kantoi dalam pendidikan formal ada juga kemahiran untuk depa teruskan hidup. Nak hantar ke kelas berenang. Depa belajar mengaji al-quran lagi. Semua tu aku fikirkan tau. Dan yang payah tu bila susah la nak lepak kedai mamak hahahahahhahahaha.Macam-macam kelas aku nak anak aku masuk. Senang juga kami nak pi main futsal hahahahaha.
Tempat yang nak pindah tu jauh. Memang dari awal aku tak setuju tapi aku cuma diam jer ler. Aku tak der maid, sah2 bila habis waktu sekolah budak ber3 tu akan dok dirumah sendirian sampai aku balik kerja. Sekarang pun aku sampai rumah setiap hari almost dah kul 8pm. Ni dah anjak ke jauh sikit sah2 pukul 830pm aku sampai. Jadi korang bayangkan aku nak tinggal anak aku yang ber3 tu ALONE kat kawasan tu. Macam-macam benda negatif bersawang kat kepala aku der. Baik bertindak sekarang sebelum menyesal. Duit ringgit boleh di cari tapi keselamatan dan kesejahteraan anak-anak tiada galang ganti. 
Doa aku moga kami di beri yang terbaik. InsyaAllah

2 comments:

mamaijat said...

....Insyaallah,semuga mendapat yang terbaik jua nanti....amin.

Lyn Yusoff said...

buat pilihan yg tepat..
semoga semuanya baik2 belaka yer kak

Blog Widget by LinkWithin