Friday, 6 July 2012

Berdosanya aku

Bila bangun pagi mesti kalut. Berebut nak solat, nak kemas rumah la. Time tu nak putaq baju nak ampai kain. Semua time tu lah. Sebelum mai kerja nak kena pastikan sinki tu clear tak dak sebarang pinggan mau pun cawan. Dah jadik habit. Meja makan di lap bersih walaupun tak berkilat. Plastik sampah di tukar baru. Kerja abahnya la bab buang sampah  tu. Meralit buat itu buat ini tak sedar jam dah berlalu. Patut 815 dah kena bertolak dari rumah. Tapi bila kerling jam aikk dah pukuk 830. Bertambah kelam kabut. Gocoh sana sini kemudia bertolak dari rumah nak ke tempat kerja jam 840. Singgah berhenti isi minyak, beli bekal untuk Bang Teh kemudian singgah hantar Bang Teh kat rumah Mak Tom. Jam dah menunjukkan angka 907am. Pecut sebaik mungkin..takut bos murka sebab lambat. Dalam kepala tercari-cari alasan apa nak bagi pada bos kalau kena marah. Kemudian kaki yang sakan punya tekan di pedal minyak slow2 di angkat. Bos tu manusia macam aku jugak. Ooo kalau melewat waktu solat tu selamber kodok jer. Tak fikir la pulak kemurkaan Allah. Kalau boleh lambat tu lambat lagik. Masa sedang rancak cerita Seindah Sakura tu habis cerita tu baru kalut nak solat maghrib. Kalau boleh meralit tu nak meralit saja kerjanya. Puasa pun last minute  baru kalut nak qadha.Kalau solat tu asyik nak kejar masa jer terkocoh-kacah. Lebih kejarkan dunia lagi. Berdosanya aku Ya Allah. 

Aku bersyukur dan insaf sebab masih bernafas hingga ke saat ini dan masih berpeluang untuk menebus salah silap aku. Masih di beri peluang untuk menjaga, mendidik dan membesarkan anak-anak aku. Merekalah harta ku yang paling bermakna, terindah dan bernilai. Ampun kan aku yang berdosa ini ya Allah.

Insaf

No comments:

Blog Widget by LinkWithin