Friday, 6 July 2012

Muad'z oh Muad'z



Muad'z dah pun cukup  3 tahun pada 27/6/2012 yang lepas. Oh bercakap memang sajak jer dia ni. Tanya pasal chanel tv semua dia tau. Yang lebih dia tau cerita Ultraman la. Dia semedang yang jadi Ultraman kita ni jadi raksasa jer ler.  Dah boleh baca doa makan dan doa tidoq. Nak cerita pasal semalam.Kita ni dok kalut nak bagi Che Nah tidur dia pun menempel la sama. Dia memang wajib menempel kalau kita sibuk nak tidurkan Che Nah atau susukan Che Nah. Tapi semalam angin la jugak dengan dia. Kita dok sibuk dia pun sibuk dok tanya "ibu kawan dengan Muad'z tak"? bila jawab "kawan" dia ulang lagi soalan yang sama. Akhirnya tertinggi suara dekat dia..wahhh meraung dia... dan yang tak tahan tu ayat dia "ibu suka marah Muad'z huhuhu" . Adoii tak sengaja. Bila di peluk dan di pujuk baru diam. Terbayang-bayang telatah dia..bila di suruh baca doa , dia baca kemudian kalau kita lupa sebut "pandai anak ibu" dia akan ingatkan. "Ibu kata la pandai anak ibu" hahahahhaha manis betul.

Yang kelakar bila dia main ultraman dan raksasa dengan bang teh mesti dia pesan " ateh pahan-pahan tau" . Dan bila dia gaduh dengan Ateh ..bila nak start main balik dia akan cakap " nanti ateh minta maaf dengan Muad'z tau" ....

Sayang Luqman, Faes, Youhanees, Danish, Muad'z & Hannah.....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin