Thursday, 9 August 2012

20 Ramadhan....

Haih sedih betul rasanya hari ni. Bukan sedih sebab karenah anak-anak atau pasai keluarga. Tapi pasai nasib seorang anak kecik. Aku ada ceritakan pasai Alya...di mana ada hamba Allah yang baik hati bersedekah membeli barang keperluan sekolah dia. Sebenarnya hidup dia tidak berjalan seperti yang kita fikirkan. Sekarang dia dah tak bersekolah. Nasib dia memang terabai. Sekolah dah tak pergi. Cikgu kelas dia ada call aku cerita pasai dia. Surat beranak dia pun tak settle lagi. Sekarang abang dan kakak ipar dia bergaduh sorang ke utara sorang ke selatan. Aku buntu sebenarnya macam mana nak tolong dia. Sayang kalau dibiarkan dia tidak terurus macam tu. Sajala aku kata kat Luqman. Boleh ker raya ni kita ajak Alya beraya dengan kita? Luqman tak mau la pulak. Haishh apa kena la dengan budak tu. Tak pa la nanti aku discuss dengan Abahnya macam mana kan. Tapi tadi aku dah hantar mesej pada Adun sini supaya dapat membantu Alya. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin