Monday, 10 September 2012

Janji seorang wakil rakyat

Allah..hati kita ni memang membara marah yang teramat sangat pada seorang wakil rakyat atau ADUN yang di pilih oleh rakyat 5 tahun lepas. Janji seorang wakil rakyat yang bersumpah akan menjalankan tanggungjawab kepada rakyat marhean ni dengan sewajarnya. Tapi aku rasa dia ni buat kerja semata-mata nak nama, nak semua orang tau, nak kisah dia bantu orang tu dan orang ni di publish. Projek under-table (chupp bukan project haramlah) ni yang mana tak di publish dan di war-warkan dia tak layan. Ya la kalau buat kerja senyap-senyap dia rasa nama dia tak gah agaknya. 

Sebelum raya aku ada PM dia melalui FB, minta dia tolong pasal kes Alya. Ya dah buntu akai, maka kita cuba lah minta tolong mana saluran yang kita rasa dapat membantu menyelesaikan masalah ni kita mintalah. Nama pun wakil rakyat kan. Dia reply minta saya tinggalkan contact no saya dan dia akan call balik. Masa saya PM dia tu bulan puasa engko iaitu 9/8/2012. Bila saya bagi contact no saya sampai hari ni dia tak call. Budak Alya tu pun dah disappear tak tau kemana....huhuhuhuhu. 

4/9/2012- Aku pm lagi. Kali ni bukan tanya pasal Alya, tapi nak jemput ke invitiation jamuan hari raya company aku (aku kuli jer..kang nanti ada yang ingat company aku).Dia suruh pm dia kita pm tanya no faks, amboi tak di reply jugak. YB ni takut ker? dalam FB bukan main berapi.

Haishh masa tahun 2009 kami ni mangsa-mangsa banjir. Pi la register nama dan serah laporan polis sebab di arah buat macam tu sebab nak di beri bantuan konon. Sampai ke sudah tak dapat. Bila aku pm dia tanya pasal kes ni ..dia kata dia ada di luar kawasan dan minta bagi contact no lagi. Dia balik dari o/station dia akan call...tapi nan ado pun.

Ok aku dah penat dengan karenah YB sorang ni. Cemuih pun ada..buat kerja sekadar nak dapat nama dan jawatan boleh jalan lah...tahun depan kita pangkah yang lain pulak, Padan muka sebab nila setitik lingkup susu sebelanga...

Noted: Oh ya kalau korang nak tau sapa YB yang dimaksudkan tu ..gugel la adun kuah langkawi dapat la muka dia 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers