Baru terlintas di hati tahun depan nak pencen dok rumah. Letih ulang alik sepasai. Turun nak pi kerja pukul 8am balik rumah pukul 730pm tak pun 8pm. Memang rasa letih yang melampau. Sampai kat rumah dah terkelepek. Huhuhu. Tapi yang utama sebab tahun depan budak pipi kembung Muad'z dah nak sekolah. Abang pulak dah Form 1. Jadi rasanya saya perlu korban karier saya (kelas guna ayat karier engkau) demi kebaikan anak-anak saya. Sungguh, saya tidak mahu anak-anak saya hanyut atau terjerumus dalam gejala tidak sihat. Sungguh saya tidak mahu. Dunia sekarang cukup mencabar. Dalam surat khabar macam-macam cerita dok baca pasal kes anak-anak remaja yang terlibat dalam gejala tidak sihat. Tak usah cakap tempat jauh, area tempat tinggal saya pun cukuplah di jadikan contoh. Macam-macam kes. Budak darjah 5 hisap rokok dan macam-macam lagi. Jika saya ada dirumah, InsyaAllah segalanya akan terkawal.
Tolong bagi pendapat please. Saya tak mau la buat kesilapan yang sama ...macam saya berhenti kerja tahun 2010 untuk back for good kononnya balik kampung tapi akhirnya?? Memang la gaji agak banyak tapi kebajikan anak saya lagi utama.....
No comments:
Post a Comment