Sedikit informasi untuk sesiapa yang berhajat untuk mai bercuti di Langkawi. Maklum lah tak lama lagi kan nak cuti sekolah dah. Bagi orang kerajaan nanti nak dapat bonus..sapa tau kan. Diatas tu ada beberapa hotel sekali dengan contact nombor. Kadang-kadang rasanya baik kita buat tempahan sendiri bilik hotel sebab harganya lebih murah berbanding melalui agent atau orang tengah. Kalau nak saya tolong pun boleh, saya tak ada ambik komisien pun. Hehehe.
Beberapa tempat yang dicadangkan untuk melawat. Makam Mahsuri tu dah terlalu "cepat" sangat membangun. Sampai dah hilang keasliannya. Zaman saya melawat makam mahsuri sekitar tahun 1998, masih lagi ada suasana kampung, kita lebih santai, tapi sekarang ishhh.... siap ada pisang la, bunga la dan tabung duit lagi kat kubur mahsuri tu. Dah rasa tak best.
note: selamat hari raya korban...saya balik batu kurau nanti ehh tetiba...
No comments:
Post a Comment