Friday, 2 November 2012

Pindah lagi

Pindah rumah lagi kami. Kali ni pindah kerumah teres. Anak ramai memang sesuai la kami pindah dok rumah  teres kan. Besar dan selesa dan anak2 boleh main basikal dan sebagainya. Dan yang dok fikir ni kedai pulak dekat dengan rumah..mau budak2 tu ulang alik ke kedai. Tapi tak kisahlah yang penting kami dapat rumah yang selesa, yang mana aktiviti bercucuk tanam boleh diaktifkan balik. Syukur. 
Esok nak pergi kemas rumah, lepas tu nak start angkut barang masuk sikit2 supaya tak la serabut alam sangat nanti. Kalau angkut barang lepas tu nak kemas time tu juga memang akak tak sanggup. Letih betul. Tapi kalau upah orang tolong kemas boleh kot?? :) ;) 

Mula-mula tu memang kami tak mau pindah nak stay rumah burung merpati tu. Tapi jiran depan rumah tu asyik cari pasal la pulak. Lepas balik bercuti hari raya haji, dia mai sound pasai anak dara kita tu hempas pintu masa dia tgh ampai kain. Yang tak tahan ayat dia" masa korang balik kampung aman jer" Ok lah kita bagi dia aman. Maka kita dah ada rumah sendiri, apa mau tunggu lagi..challo jer ler. 

Nantilah kita up-load pic rumah baru tu yer. Banyak juga renovation nak kena buat tapi tunggulah sikit2.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers