Monday, 5 November 2012

Benci

Benci. Buat masa sekarang tu jer perkataan yang sesuai dan mampu aku luahkan. Benci dengan sikap sendiri yang mudah percaya cakap orang, benci juga sebab selalu rasa orang tu ikhlas dan betul2 jujur dengan kita. Benci bila orang bercerita sesuatu perkara terus aku percaya bulat-bulat.
Pengajaran terbaik buat aku kan.

Aku ada bersembang dengan orang kampung yang kini sudah berkahwin dengan orang pulau. Aku panggil dia Kak E jer. Kira sekarang ni dia hidup dalam keadaan senang lah. Rumah "terbeledoh" kata orang utara. Maknanya besaq la tu. Kita tak rasa jeles atau dengki dengan apa yang dia ada sekarang. Tu kan rezeki dia. Tapi bila bersembang mesti yang baik punya dari dia la. Ok tu tak per lagi. So kami bersembang lagi ..sampai la ke bab Kak N. Kak N ni pun orang kampung kami juga. Both Kak E dan Kak N ni senior aku. Kak N ni staff nurse lagi di HL. Dulu sebelum kahwin Kak N ada terlibat dengan accident. Parah juga kecederaan tu. Dan Kak N pun kahwin agak lambat. So Kak E bercerita pasal condition Kak N yang kononnya tak semenggah, husband muda. Anak dia terlalu manja (kak n ada anak sorang jer) . Pendek kata type yang tak elok jer ler. Ok aku percaya. PERCAYA ok. Percaya sangat. Dan ditakdirkan aku terjumpa FB Kak N dan kami pun jadi "friend" lah. Korang tahu rasa macam nak lempang diri sendiri bila tengok pic Kak N yang pada aku tak ada "masalah" pun. Happy dengan keluarga dia. Cantik. Rasanya dia dah naik pangkat sebab uniform dia dah bertukar ke kaler biru. Aku tidak tahu kenapa Kak E cerita macam tu dekat aku. Apa motif dia. Kalau dibandingkan dengan kami semua dia lagi senang lenang. Dapat berkahwin dengan orang kaya. Manusia kan...memang tak sama hatinya.

Benci argh 


No comments:

Blog Widget by LinkWithin