Saat ini aku rasa semua orang tengah addict dengan telenovela Adam & Hawa ni yang di tayangkan di astro. Yang kaum hawa ni mesti bengang dengan Ain Hawani yang ego dan jinak-jinak merpati tu kan? Ehh termasuklah owner blog ni hihihihi. Tapi rasanya lagi ramai yang pulun menatap si Aaron Aziz tu. Dan tidak kurang juga yang berangan nak dapat kan suami atau boy friend macam Aaron Aziz. Hahaha betul lah tu. Tuan blog tak pernah berangan si Aaron Aziz tu ye sila jangan salah faham. Tuan Blog cuma dok berangan kalau la dapat optimus prime boleh jadikan hadiah birthday bang teh pada 14/11 ni.
Berangan untuk perkara yang baik tidak salahkan. Boleh jadi motivasi kepada diri untuk bertambah maju ke hadapan. Tapi kalau berangan nak si suami bertukar jadi macam si Aaron ni memang hancurlah. Bersyukur dengan apa yang ada. Kalau dapat suami yang penyayang, tak lokek dari segi RM, tak lokek membantu menguruskan rumah tangga..apa mau lagi? Mana ada insan yang sempurna dalam dunia ni kan? Kalau dapat boy friend yang sentiasa menjaga susila masa berdating..hah bersyukur. Tuan blog sesungguhnya bersyukur sangat bila En.Atan yang menjadi jodoh tuan tanah. Memang la ada kekurangan dalam diri dia..tapi kena terima seadanya lah. Aidiladha baru ni balik beraya di Batu Kurau dan lajak sampai ke Penang. Menziarahi mak sedara (kakak ayahanda) yang sebelum ni kena breast cancer dan dah dibuang sebelah payudara dia. Kami panggil dia Mak Ndak. Mak Ndak dalam proses pemulihan dan semangat dia kental. Bila bersembang dengan Mak Ndak perkara pertama yang dia sebut, lebih kurang macam ni ayatnya
" Ermm bagusnya hampa..dok elok ja no anak dah sampai 6" Gelak besaq aku bila Mak Ndak cakap macam tu. Terus menjawab dengan berhemah dan bicara tersusun rapi. Bersembang dengan orang tua ..tutur kata harus di jaga.
" Kadang2 tu lidah tergigit juga mak ndak, tapi pejam mata sajalah masing-masing ada lebih dan kurang"
"Tak mau dengar macam tu, benda kecik-kecik jangan di perbesarkan. Duduk elok-elok. " Aku hanya tersengih dengar cakap Mak Ndak. Selagi bernafas kita sentiasa di uji semoga terus kuat menghadapi ujian Allah, kerana bila di uji itu tandanya Allah sentiasa mengingati kita.
No comments:
Post a Comment