Hari isnin lepas pi tengok hostel dan sekolah yang mana telah di "plan"kan untuk meng "enroll" bang chik. Sekolah tu terletak di sebuah Pulau. Selat Bagan Nyiur namanya. Pulau di dalam pulau lebih kurang macam tu lah. 14 tahun bermastautin di pulau ni inilah kali pertama kami suami ister nak menjejak kaki ke Selat Bagan Nyiur. Agak ngeri bila terpaksa menaiki bot kecik lebih kurang macam bot ulang alik dari Tanjung Dawai nak ke Pantai Merdeka. Tapi jarak antara T.Dawai dan P.Merdeka lebih kurang 5 minit saja. Ini lebih kurang 20 minit dengan angin kuat. Akan rasa lah air laut tu pukul dinding bot fiber tu. Perasaan memang ngeri :(.
Apa pun kami selamat memijak kaki di SBN (Selat Bagan Nyiur). Angin kuat betul. Motorsikal memang banyak kat situ, dan ada juga kereta. Dan kita tak tau la macam mana dia orang bawa masuk kereta ke pulau tu. Dan yang lawak tu kereta tu bila roadtax dah tamat tempoh tak nya dia orang renew. Habis dah naik dalam pulau tu ja..polis pun tak der nak buat roadblock ka apa ka. Sabor jer ler. Apa pun kami amat berpuas hati dengan suasana sekolah tu. Bilangan murid dari darjah 1-6 termasuk pra sekolah dan pendidikan khas baru 95 orang saja. Darjah 1 bilangan murid 8 orang saja. Mau tak happy cikgu ajar murid tak ramai macam tu.
Sekolah baru. Nyaman jer sebab sekolah depan laut :)
Dari Pulau Besaq nak ke Selat Bagan Nyiur . Bot yang diceritakan. Aku dan En.Atan sama-sama cuak sebenarnya.
Bangunan Sekolah
Jambatan. Sebenarnya Jeti tu menuju ke kg.
Suasana dorm. Ok bang chik happy dan sudi nak dok sini :)
Keputusan untuk menghantar bang chik ke asrama terpaksa di buat. Ramai yang mempertikai keputusan kami sebab bang chik baru darjah 4. Kami pun memang berat hati nak lepaskan bang chik dok berjauhan dengan kami. Tapi memandangkan kami suami isteri berkerja, dan keadaan persekitaran yang semakin mencabar. Kami tahu budak sebesar bang chik cepat terpengaruh. Jadi kami perlu buat keputusan macam ni. Mana ada ibu bapa yang nakkan anak2 menjadi tunggang langgang kan?? Kami banyak komitmen jadi aku tak boleh nak berhenti kerja dok rumah lagi.
No comments:
Post a Comment