Abang-register form 1. School fee + buku tulis = RM 87.60
Kakak dan Bang Chik. Exercise books = RM 98.00
Muad'z & Ateh. Register & school fee = RM 370.00
Taska registration untuk Kakak, Achik & Ateh = RM 450.00
Che Nah & Muad'z baby sitter. = RM 420.00
School uniform Abang, Kakak, Achik dan beg sekolah = RM 307.00
TOTAL RM 1,732.60
Type pun dah culang caling. Hah awal tahun aku rasa semua orang macam ni kan. Ada lagi nak kena tambah tu, baju sukan untuk Achik dan Kakak. Tapi memangdangkan achik nak di hantar ke asrama, mungkin baju sukan tu hold dulu lah. Kena simpan duit untuk Achik kalau berjaya masuk asrama. Nak cerita sikit, bukan mudah nak masuk hostel SKSBN tu walaupun cuma sekolah luar bandar. Tambah lagi dok di pulau. Pihak sekolah akan tapis dulu. Result periksa tu akan di review dulu. Result pula tak boleh ada D.E F dan seterusnya kecuali ABC. Lepas tu kalau kau mengaji al quran tapi baru juzuk 3 ke bawah...memang kau tak akan di terima. Proses pemilihan tu memang strict la. Berkorban rasa lah melepaskan bang chik ke asrama huhuhu.
Kakak dan Ateh kena masuk taska. Tapi kakak ke taska setiap hari Rabu dan Khamis saja. Hari lain dia ke KAFA. Dulu boleh la dia lepaking di rumah lepas habis waktu sekolah sebab abang ada di rumah. Tapi bila abang masuk Form 1 , waktu persekolahan adalah petang, maka takkan la buta hati nak tinggal dia dirumah sorang2. Kita pos ja masuk transit kat Taska. Hati pun tenteram. Mula-mula tu nak tumpangkan kakak dekat rumah baby sitter Muad'z. Tapi memandangkan riak muka orang tu macam nak tak nak tu maka kita paham. Tumpang bukan tumpang saja, cukup bulan kita kira lah. Dah orang tak sudi apa nak buatkan. Bang Teh nampaknya terpaksa berpisah dengan Mak Tom. Sebab tahun 2013, dia bersekolah dengan Muad'z di Kuah. Tadika tu dibawah naungan Majlis Agama Islam Kedah. Tadika Nury. Jadi lepas habis sekolah bang teh pun kita pos ke Taska yang sama dengan Kakak. Tapi kalau Muad'z nak tinggal kat Taska juga, so kita decide nanti macam mana kan??. :). Hanya Che Nah saja lah yang akan dok dengan Mak Tom. Tapi mungkin hari Jumaat, Ateh akan dok dengan Mak Tom.
Rasanya dah plan sehabis baik dah ni. Semuanya sebab nak bagi hati aman tenteram kat tempat kerja. Walaupun ada rasa kepala agung yang berkala merah, kuning, biru, purple tu keluar macam ayaq paip, tapi InsyaAllah..rezeki anak-anak akan sentiasa ada. InsyaAllah.
1 comment:
Tadika pon mhl skg kn..xpela...cr yg terbaik untuk ank2...
Post a Comment