Monday, 28 January 2013

Final stage

Aku adalah insan biasa. Yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Aku tidak sempurna. Tapi walaupun aku cuma manusia biasa tapi aku tetap ada harga diri dan maruah. Tolong hormati aku sewajarnya walaupun aku cuma seorang "kuli" pada pandangan mata kau. Tapi sekurangnya tolong hormati aku. Banyak juga sisi gelap kau yang aku telan. Jangan sampai aku muntahkan. Kerana bagi aku ...jika kau silap baiki jer kesilapan kau sama seperti aku jugak. 
Aku berdoa semoga aku terus kuat dan bertahan. Sampai waktunya aku akan undur diri. Kuasailah sepuasnya apa yang kau ingin kuasai. Aku lebih selesa hidup dalam kedaan sederhana tetapi penuh dengan kebahagiaan, tiada hasad dengki iri hati dan mendabik dada kerana merasa diri cukup hebat. Aku tidak mampu untuk menegur dan aku tidak mampu mencela kerana kau sering memaklumkan aku yang kau cukup hebat dan sempurna. Tak kenal maka tak cinta bila dah kenal inilah warna sebenar diri kau :)

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers