Monday, 14 January 2013

Ikan Laga & makaroni goreng


Hari Ahad semalam masa berkemas terjuma akuarium kecik ni. Kalau tak silap beli sekali dengan ikan guppy. Ikan tu selamat dipindahkan ke tempat yang besar sikit. Kotor sebenarnya so kita pun "kasi cuci lah" sebut macam Abon MLM. Langsung terdetik nak beli ikan laga. Beli la nampak tak gambar tu?. Singgah beli masa pi ambik anak-anak balik sekolah. Hah gasak. Letak jer batu warna-warni tu. En.Atan beli pokok hiasan untuk letak dalam bekas ikan guppy. Tak teringat nak ambik gambaq pun. Tiba-tiba saja sekarang ni berminat nak bela ikan.  Tapi kan dah lama minta ikan kaloi tak dapat-dapat lagi. Bila nak dapat entah ler?


Petang semalam, malas nak masak nasi. So kita buat makaroni goreng. Resepi? hentam sajalah Campak tu campak ni dalam kuali kita goreng sama dia. Hasilnya? Sedap kot sebab pinggan licin. Ambil gambar dengan hp camera memang tak cun hehehe. 


No comments:

Blog Widget by LinkWithin