Wednesday, 16 January 2013

Sori to say lah....

Sori to say lah dah terang lagi bersuluh yang kau mmg x cerdik kesian aku dgn kau [via Celcom SMS]

Mungkin ada yang baca status FB  semalam kan. Yer semalam i geram sangat uolss. Geram dengan karenah tetangga kesayangan i. Sebenarnya i risau dengan dia tau. Dia fulltime housewife, lepas tu kerjanya asyik monitor anak-anak i. Ok i rasa terharu sangat sebab dia sudi pantau anak-anak i masa kami pergi kerja. Ingat senang ker nak ada orang yang volunter macam tu? I juga sedih sangat dengan dia. Tahu kenapa? Semalam kat kawasan tempat I tinggal tu ada kenduri kahwin. So husband i pi la tolong orang masak apa semua. Habis dah tukang masak apa kelas kalau tak tolong kan? Lagi pun hidup bermasyarakat kena la bercampur gaul. Ok ada nada riak di situ. Sorry.
 Lepas balik sekolah, anak-anak I pun pi la makan kenduri. Lepas tu anak i Bang Chik tu lepak lah kat tembok depan rumah tu. Ada la jiran I sembang dengan Bang Chik. Tiba-tiba uols, tetangga kesayangan i datang mencelah terus buka cerita. 
"Anak orang depan ni jahat, pencuri. Selipar Kak Zura depa curi. Masa K.Syy balik kampung ampai kain tu ubah pi letak depan pintu rumah Kak Zura. Akuarium pecah. Lepas tu masa main kat taman, di terajangnya Ash (anak Kak Syy "dan macam-macam lagi lah cercaan yang dia kata. I suruh jer Bang Chik stop jangan sambung cerita. Sebab loya I nak dengar semua tu. Orang yang mengaku diri dia terpelajar, fluent in English ehh ada kena mengena ker?  Perfecto dalam segala hal. Tapi bila bertindak, bercakap langsung tidak menunjukkan dia tergolong seperti golongan yang dia sendiri maksudkan. Husband I menahan geram jer, I jer dok "count down" dia ekekekeke macam kumpulan boboy kan. Jangan letakkan diri kita selevel dengan orang macam tu. Agaknya dia tak puas hati sebab I diam jer dengan semua tindakan "cerdik" dia. Dia suka attack anak-anak I. Yang sedih dia turut ajar anak-anak dia supaya kata kat anak-anak I. Label anak-anak I "orang gila". I tak mampu uolss nak diamkan 6 mulut anak-anak I. Rumah I memang sentiasa meriah dengan celoteh anak-anak I. Takkan I nak lekat selotep kat mulut anak-anak I supaya tak ganggu privacy tetangga I katanyaaaaaa. Kawan-kawan anak I juga selalu kunjung ke rumah I. Rumah tetangga I nan ado. So bila kawan-kawan anak I berkumpul pun tetangga I marah uolls . Bising katanyaaaaaaaaaaa. I rasa dia tertekan sebab dia pukul gendang ajak i berjoget bersama dia I tak layan. Joget dan poco-poco I tak layan...salsa mungkin hahahaha.  Sebab tu makin menjadi-jadi dia cari salah anak-anak I. Setiap minit ada saja yang tak kena dengan anak-anak I. 
I redha dan terima segala cercaan yang dia lemparkan pada anak-anak I. I pesan pada anak-anak I lepas solat doa semoga ALLAH tunjukkan kebenaran. Doa adalah kekuatan kita. Kita tak mampu nak membalas...Allah yang berkuasa. I kata kat anak-anak I dia lupa ibu jari dia menuding kearah anak-anak I tapi dia tak sedar 4 jari dia lagi menuding kearah dia balik. Dia dan suami dia sama-sama naik lagak dia orang. Si isteri kerja nya menyucuk jarum .Balik jer si Suami maki anak-anak I ok...kata anak I tak ada otak. Bila anak-anak i bercerita i cuma mampu jawab Alhamdulillah. 
Punca sebenar kenapa jadi macam ni...I sendiri tidak tahu. 




2 comments:

pB said...

dasyat nyer


sabar jer lah

aSmiDar said...

Bakpo la g2...ade mslh mental kot die?
Kna jg jgk tu tkt brona plok 1 day...
Sbr slagi bleh saba...okey...

Blog Widget by LinkWithin