Thursday, 31 January 2013

Very Rare


Very rare betoi pakai tudung kala kuning nih. Ishh bukan rare tapi tak pernah kot. Rasa janggal betoi. Warna tudung yang ada dalam simpanan, coklat, dark blue, light pink, pi mai warna tu ja la kot yang dok ulang beli. Hari ni ingat nak pakai baju T saja sebab cuaca kat sini panas membahang. Tapi memandangkan nak kena ganti bos I nak jumpa client maka pakai la blouse juga. Dalam pic ni warna kuning tu malap saja tapi hakikatnya terang dik...

Ini adalah kepala Muad'z. Kepalanya luka dan kena jahit. Semalam Muad'z mengikut ibunya ke bank sebab ibunya nak bank in cheque company. Muad'z yang terlalu aktif tak reti nak dok diam barang sesaat dua pun ikut juga. Bila ramai orang Muad'z jalan keluar. Depan Maybank tu ada taman yang dipagar dengan besi. Muad'z panjat dan main di situ. Tiba-tiba Muad'z jatuh. Ibu terdengar suara Muad'z menangis. Abang Luqman bawa Muad'z masuk dalam kereta. Ibu pi tengok dan nampak kepala Muad'z berdarah. Terus bawa ke klinik tapi klinik suruh ke hospital. Di hospital Doktor kata luka itu harus di jahit. Maka inilah hasilnya. Luka Muad'z selamat di jahit. Muad'z kuat dia menangis sikit saja. Dalam kereta nak balik ke rumah Muad'z kata dia dah ok dan dah boleh makan nasi. Balik kerumah Muad'z makan 3 ulas durian. Ibu tak kasi Muad'z makan pulut sebab kepala Muad'z kan luka. Lepas makan Muad'z nak tidur tapi Muad'z nak abah pok2 Muad'z. Muad'z lena sampai ke pagi tanpa sebarang gangguan. Hari ini Muad'z tak ke sekolah dan Ateh amat geram sebab Muad'z tak kesekolah. Hahaha. 

1 comment:

Lyn Yusoff said...

alahaiiii.. siannyer muad'z
get well soon yer...

Blog Widget by LinkWithin