Friday, 1 February 2013

Santapan Semalam


Ayam goreng dan sayoq baby kailan campoq brokoli. Simple saja. Apa tak nya sebab itu saja yang ada dalam ice box pun.  Malas nak singgah pasar beli barang basah. Tapi hari ni kena singgah juga la untuk stock next week. Ayam pun mahal kan...1/2 ekor saja RM9 hinggit lebih. Tu dia.  Kalau hari Sabtu dan Ahad I suka masak siap-siap. Hidang atas meja tu, sapa nak makan ceduk jer.Petang pulak naik motor pergi Taman Berlian beli kuih untuk minum petang anak-anak sebelum depa keluaq pi main.  Kalau hari berkerja masa time dinner sajalah. Ini ingat nak beli ikan bilis barang 1 kilo, lepas tu nak goreng siap-siap. Sah jadi jajan anak-anak ku dirumah nanti haha. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin