Tuesday 5 February 2013

Hargailah kesihatan


Ada dalam entry lepas ku ceritakan pasal kes mata ni kan. Yang keluar nanah tapi tak sakit. Bila dah tak sakit mula lah kita abaikan tak pergi check jumpa doktor dan sebagainya kan. Bila dah sakit baru nak menggelabah. Kisahnya mata ni dah start bengkak tak mau surut dan nanah tu macam tersumbat tak mau keluar. Sakit beb!!. Tapi tidaklah ku merungut .Positifkan hati dan minda yang ini cuma ujian kecil, dan sakit macam ni boleh melupuskan dosa-dosa kecil kita. Dan ini juga tanda yang Allah tu sentiasa ingatkan kita. Tapi rasa tak selesa tu memang adalah. Nanah tu keluar sikit2..nak drive pun tak selesa.Dulu nanah yang keluar tak berbau, sekarang dah berbau. Mungkin benda tu macam di eram terlalu lama kan.  Esoknya nak keklinik, tapi malam tu macam-macam berlegar dalam kepala. yang paling haru ku fikir kanser. Ya lah kanser kan selalu bila stage terakhir tu baru la nak rasa sakit dan macam-macam. Dah tu sedih sorang-sorang bila fikir kesian anak-anak. Haru
Bila pi klinik doktor tak cakap apa pun. Dia kasi ubat, balik makan ubat dan bengkak dah surut. Sekarang nanah tu keluar sikit-sikit. Menganggu pandangan betoi. 
Lepas ni memang kena pantau kesihatan lah. Kalau sikit2 tu tak mau la simpan lama-lama takut melarat macam ni lah. Tenaga ni masih diperlukan baik di kantor mahu pun di rumah ku.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers