Thursday, 7 February 2013

Lain dulu lain sekarang


Zaman 90an dulu kita guna roll filem ni lah bila nak ambil gambar kan. Ada 24 keping dan 36 keping. Lepas habis prap prap bergambar kena hantar ke kedai untuk di proses cuci maka keluarlah gambar itu. Ishh teringat zaman sekolah menengah, kalau hantar filem untuk di cuci haa mesti dapat free gift. Album gambar dan sebagainya kau. Seronok la time tu. 


Tapi la ni orang dah pakai digital camera tu dah. Lepas ambik gambar download jer dalam pc x pun teruih masuk fesbuk. Senang. Tu yang musykil ada lagi ker negatif filem dan kamera yang pakai negatif tu hah?. Tambah lagi dengan adanya handphone yang siap ada camera lagi. Hah lagi mudah. Bila dah mudah tu yang ramai menyalah guna tu. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin