"Sara...sapa yang garang antara mak dan ayah kamu"
"Abah saya ok...tapi ibu saya garang"
"Patutlah kamu dan abang kamu pandai sebab salah seorang ibu-bapa kamu garang"
Gulp!gulp! minum ayaq rasa tak lepaih. Lekat celah kerongkong. Itu lah lebih kurang perbualan Kakak dan Teacher dia, masa depa sibuk menghias kelas. Kakak di lantik menjadi Ketua Keceriaan Kelas.
1st, mestilah I rasa kembang semangkuk bila Cikgu sendiri puji anak-anak I pandai. Semua parents akan rasa macam I rasa lah bila anak-anak di puji. Walaupun pada pandangan I dia orang tu biasa-biasa jerkk. Masa nak exam saja dia orang pulun study itu pun kena paksa dengan i hehehe.
Garang?? Mungkin jugalah i garang hihihihi. Kadang kala i mengaku yang i terlalu menekan dia orang. I nak satu2 task yang i bagi tu i nak depa buat dengan perfect. Memang tak boleh harap macam mana i buat depa akan buat macam tu juga kan? My bad. So now i dah belajar bertolak ansur dengan dia orang sikit. Bukan apa, dulu-dulu arwah Tok i ajar i macam tu. Buat kerja kena macam dia..habis kepimpinan melalui teladan kan?? Mau tau la hehehehehehe.
Sekarang juga i belajar untuk bertolak ansur dan lebih terbuka. Maklum anak sulung i dah form 1. Fasa mencabar untuk I. Dia dah mula memberontak bila I tak bagi dia keluar malam walaupun dia kata nak buat homework kat rumah kawan dia. Memang i tak kasi dia keluar rumah malam tanpa i atau tanpa abahnya. I tahu dia memang tak puas hati dengan I...tapi I buat derk jer. I harap dia akan faham nanti pasai apa i buat macam tu. Dia dah kurang bercakap dengan I...sebab dia rasa marah. Dulu masa i umur dia i cuma dengar dan tengok kawan-kawan i yang berkelakuan macam ni now dah kena kat batang hidung i pulak. Sabar!!!. Bak kata pepatah tarik rambut dalam tepung kena hati2 rambut jangan putus dan tepung jangan berselerak. :)
Setakat hari ni i ok lagi !!!!!!!!
No comments:
Post a Comment