Betul. Hari Rabu minggu lepas I syok saja drive nak balik rumah. Tak rasa stress sebab Che Nah melayan perasaan dia sendiri. Jalan agak busy. Dan I nak bagi tau, jalan kat pulau ni lane kanan adalah untuk 10km/j ya ... ni yang selalu buat I stress. Ok back to the story, time tu I dok lane kiri...lepas tu I nampak pintu kiri depan Myvi ni tak rapat. Oleh kerana cerminnya gelap maka I buat derk jer ler. Tapi terdetik juga mau tiba-tiba pintu tu terbuka kan haru?? Arghh biarlah. Kemudian I pun potong Myvi tu walaupun I dok lane kiri hahahahaha. I jeling dah ehhh rupanya ada budak baya Muaz dok sebelah driver. Oh ini tak boleh jadi. I kena buat sesuatu. Jeng jeng jeng...lepas tu I biar dia potong I ..I standby jer..elok dia nak lepasi I terus I lambai2..dan I ketuk pintu I dan I tunjuk kereta dia. Alhamdulillah dia paham...terus dia bagi signal stop dan paham2 lah dia mesti tutup pintu kereta dia bagi rapatkan. Alhamdulillah.
Hari khamis I cuti..jadi I pi ambik Bang Teh dan Muadz balik sekolah. Naik motor jer. Masa nak belok tu ada kereta hon2 kan kami. I buat tak tau jer ler..mungkin dia hon sesapakan. Lepas tu I pun belok lah..lepas tu ada motor kat belakang I potong I dan dia kata " kak tongkat motor tu" hahaaaa rupanya I lupa nak angkat tongkat motor tu. I ucap terima kasih pada penunggang motor tu. Patutlah ada kereta hon tadi. Alhamdulillah semuanya OK.
Kesimpulannya, buat baik di balas baik kan? Tak rugi kalau kita buat baik sesama kita. Rugilah pada orang yang bermuka-muka. Sapa terasa ambik.....
No comments:
Post a Comment