Monday, 4 March 2013

Back stab

Mula-mula bila dapat tau..tak terkejut sebab dah lama dah tau dan dapat agak. Cuma yang ada waktu tu rasa kecewa. Bila kita ikhlas dan baik dengan orang kita mesti harap benda yang sama juga kan? Tapi bila orang cuma manis muka depan tapi belakang kita bukan main rancak lagi mengutuk kita terasa juga sedih dan kecewa tu. Tapi tak ada rasa dendam dalam hati kita , cuma hairan dengan orang yang boleh bersikap talam dua muka. Bayangkan orang yang dikutuk ni lah every month hulur duit kat dia, yang dia minta tolong hantar sana-sini. Sesedap rasa dia mengutuk I lepas tu depan I dia boleh bersembang manis muka dengan I. Ingat lagi ada satu bulan gaji I masuk lewat. Tapi masuk hari yang sama cuma bila dah malam tu I tak check dah lah..ehh esok harinya sms I tanya mana duit dia. Tiap bulan I lah orang pertama yang bayar gaji kat dia.I tak pernah culas bayar dan lewat. Ini cuma lewat beberapa jam dah kalut. Memang I sentap sungguh. Tapi I bersabar sebab tak nak jadi bodoh dok tarik  muka tak tentu pasal. 
La ni I nak buat macam biasa sajalah. Cuma lepas ni I tak nak terlibat dengan hal dia lagi. Sudah cukup sudah....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin