1. Gemar mengungkit-ungkit pemberian
2. Asyik mencanang perihal duit yg tidak cukup untuk urusan itu dan ini.
3. Berkira untuk bersedekah walaupun seringgit
4. Berkira untuk membantu memudahkan hal yg baik
5. Riak bila bersedekah
6. Banyak berbuat maksiat/kemungkaran
7. Tidak/kurang beristighfar
8. Tidak bersyukur/banyak mengeluh
Nota: Rezeki bkn sahaja dalam bentuk wang, tp kebahagiaan, peluang menyambung belajar, peluang kerja, anak, jodoh dan lain-lain.
Ada juga yg berbuat kemungkaran tetapi tetap memperoleh rezeki yg melimpah ruah. Tp ketahuilah itu nikmat yg plg azab di kemudian hari dan ia dipanggil 'istidraj'. wallahua'lam.
Tu jangan dok bercerita kat rakan taulan duit tak cukup-tak cukup. Benar, I ada sorang kenalan.Lama sangat dah kenal . Everytime I contact dia, asyik bersungut yang duit tak cukup. Anak 2 orang jer, goverment servant pulak tu. Tapi duit tak pernah cukup. Memang dia selalu mengeluh dekat I, duit sentiasa tak cukup. Beli barang-barang macam perabot semua berhutang. Mula-mula I layan juga lah, tapi lama-lama jemu kerana asyik cerita yang sama. Bila bersembang dengan dia kita turut sama merasa aura negatif tu. Bersyukur dengan apa yang kita ada, Memang tak faham kadang-kadang kenapa orang suka mengeluh?? Haha termasuk lah I juga sebab selalu mengeluh tak larat lah, bising bila anak-anak bergaduh...malas nak lipat kain. Hehehehe
No comments:
Post a Comment