Thursday, 28 February 2013

Jom beli kasut

Hari ni I telah membeli 4 pasang kasut. Haaa ambik sekali beli 4 pasang . Tapi bukan untuk I sorang saja, tapi untuk En.Atan, Abang, Kakak dan I sendiri. Ehhh untuk abang chik, ateh dan Muadz pun akan beli juga tapi nak kena ukur size kaki tu dulu. Saya beli pun sebab tengah sales. Tu yang saya beli tu, lagi pun nak balik kampung kan. Nak naik feri tu nak juga merasa kasut baru. Ok terima alasan tu . Saya beli di ZALORA jer. Dah beberapa pasang kasut saya beli dengan ZALORA ni. Tak tau ZALORA? Alah yang ada dalam iklan kat tv tu. Dan lagi banyak iklan-iklan dia kat facebook, forum. Giat buat promosi dia orang ni. Saya suka membeli kat ZALORA ni sebab penghantaran dia cepat, kalau order sebelum jam 430 ptg, the next day tu dah dapat la barang yang kita order. Kalau tak ada stock boleh ditukar dengan barang lain dan kadang-kadang dapat voucher lagi. Teringat masa 1st time I beli kasut kat ZALORA, stock tak ada lepas tu dia orang tambah voucher RM50 (kalau i tak salah ) dan dengan nilai kasut yang tak ada stock tu hah ambik 2 pasang kasut i boleh beli. Penghantaran dan pemulangan juga ada lah percuma :). 
Sekarang ni ZALORA tengah buat sales harga serendah RM18.88.Maka clicklah zalora.com.my . Haha promote habis. Kalau dapat kasut free dari ZALORA kan best.

Salah satu kasut yang I beli di ZALORA. Sekali sekala nak rasa remaja haha

Nanti kalau dapat kasut yang I purchase tu  I upload gambar yer. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin