Tuesday, 26 February 2013

Bertatih

Kadang-kadang geram dengan perangai Muad'z. Kita ajar time maghrib mesti switch off tv . Tapi kalau kita qalit dia on balik. Lepas tu dia buat muka tak mau bagi kita hangin dengan dia. Macam semalam, lepas balik mengaji terus depa on tv. Time tu dah nak masuk waktu dah. 
" Off tv tu..........." 
" Mana azan lagi la ibu" itu adalah jawapan dari budak Muad'z. Ishhh memang nak kena budak sorang ni. Bila bergegas pi depan dia cepat-cepat lari off tv lepas tu sengih tayang gigi buruk dia. Geram ja tengok muka dia. 
" Lepas azan baru la semayang ibu" ishhhh macam kita tak tau .
Alhamdulillah 2 bulan bersekolah ada perkembangan baik bagi dia dan bang teh. Dah boleh hafaz surah Al Fatihah dan beberapa doa. Oh kami hantar budak berdua ni ke Tadika Nury di bawah seliaan JHEAIK. Yuran 30 jer sebulan. Jika nak di bandingkan masa abang teh ke tadika yang dibayar 120 sebulan masa tahun lepas jauh benar bezanya. Prestasi bang teh masih ditahap yang sama. Bila ditanya jawapan yang diberi " oh bang teh semakin maju". Tapi sepanjang tahun tak pernah ada homework yang dibawa balik, buku yang diberi untuk di balut. La ni...hari-hari ada homework sampai bang teh tu naik bebai . Hahahaha. 2 minggu masuk Tadika Nury dia balik baca al-fatihah walaupun ada yang tak ikut turutan. Alhamdulillah. 
Muad'z tak pernah ada kerja sekolah. Rileks saja dia. Yang dia tau pi sekolah bawa mainan. Untuk 4 tahun rupanya memang tak diberi kerja sekolah sbb cikgu kata kalau dibiar buku tu di bawa balik memang lasam la. Hahahah.

Tu lah sekarang ni masih bertatih mendidik depa apa yang boleh dan tidak. Sabar harus banyak. Gear 1 dulu...kalau terus gear 5...accident barang kali kan???

No comments:

Blog Widget by LinkWithin