Sudah 36 tahun pada tanggal 23/2/1977. Syukur alhamdulillah kerana masih dipanjangkan usia untuk terus bernafas, dan berbakti pada anak-anak. Entah kenapa pada hari lahir yang ke 36 ni perasaan nya lain sekali. Sesekali rasa sayu menjengah. Teringat bekalan untuk mati itu masih terlalu kurang. Masih banyak yang jauh ketinggalan. Ya Allah...jika aku dipanggil mengadap mu apa bekalan yang akan aku bawa? Saya bersyukur sebab rasa ini timbul dalam diri saya, kerana ini bermakna saya disayangi Allah yang Esa. Saya bersyukur dengan nikmat dunia yang dikurniakan. Saya tidak mahu minta lebih, cuma cukup sekadar makan pakai kami anak beranak tanpa perlu meminta dan berhutang dan diberi peluang untuk menyampaikan rezeki yang ada kepada yang lain. Cuma saya mahu rumah yang lebih selesa untuk keluarga saya dan kedua mertua saya. Saya pohon terus dicekalkan hati dan ditetapkan iman untuk terus menuju ke jalan yang diredhai. Saya ingin terus mencari redha Ilahi. Memang dalam masa yang sama banyak dugaan, contoh dalam keadaan terkocoh-kacah balik kerja, elok sampai kerumah waktu maghrib dah masuk, saya perlu siapkan makan anak2 nak pi mengaji. Itu contoh rutin yang saya hadapi dan hal-hal lain. Kadang2 terbabas juga. Mengaji quran juzuk 1 baru beberapa muka surat. Tapi saya yakin saya mampu lakukan InsyAllah.
Kek yang diidam oleh anak-anak. Hahaha anak-anak yang excited terlebih. Ini pilihan Nur Sara Youhanees. Terima kasih kepada permata hati dan En.Atan saya. Tiada sambutan yang gah.Saya cuma masak nasi lemak sambal sotong kering untuk makan tengah hari. En.Atan lagi lawak...13 tahun berkahwin dia masih tak ingat tarikh sebenar hari lahir saya. 20/2/2013 dia dah wish saya happy birthday hahahahahaha. Laki sapa lah tu .
No comments:
Post a Comment