Baru saja baca kisah Irene Ong Ai Sam yang dibunuh dengan kejam ketika dia dan anaknya sedang berjogging di Bukit Gasing. Dua beranak tu di attack oleh 2 orang lelaki yang menaiki motorsikal.Tujuan 2 lelaki tu ialah untuk merompak, kerana mendiang ada membawa "sling bag". Untuk menyelamatkan anak gadisnya dia rela menjadi galang ganti. Kasih ibu kepada anak-anak tak kira apa juga bangsa dan warna kulit.Semuanya berlaku didepan anak gadisnya sendiri. Baca di sini My Mother My Hero.
Allahhuakbar...rasa dimana-mana pun keadaan sudah tidak selamat. Ini amat merisaukan hati bila teringat anak-anak dirumah. Tambahan zaman sekarang sikap kekitaan semakin menjadi-jadi.Tahun 90an dulu hah siap lah kalau ada orang yang mencurigakan berlegar dikawasan rumah adalah jiran mai soal siasat. La ni jarang dah jumpa macam tu. Imbas balik tahun 1996 sewaktu aku di form 6. Menumpang rumah mak angkat. Kami selalu ditinggalkan bertiga iaitu aku, anak sulungnya yang berusia 15 tahun dan anak bongsu 9 tahun. Mak dan Ayah angkat selalu travel ke KL. Tapi kami berani walaupun ditinggalkan bertiga. Tak ada rasa bimbang pasal perompak, penyamun. Apa yang penting kami pastikan pintu dikunci kemas. Serius dulu-dulu jarang ada kes-kes macam ni. Jika ada pasti akan gempar satu negara. Sekarang ni nyawa macam boleh dijual beli. Kalau nak merompak, rompak sajalah. Kenapa mesti sampai membunuh?? Rasa gelihati bila pemimpin kita gah melaungkan yang negara kita selamat. Jenayah sudah bermaharaja lela tak kira dimana. Waima di masjid sekalipun bila ada yang berani dan tergamak mencuri tabung masjid. Itu salah satu kategori jenayah jugakan. Di tempat tinggal aku pun sama. Selamba kodok tuala dan baju yang aku sidai jatuh, eh senangnya orang tingkat 1 tu ambik buat harta sendiri. Bayangkan perasaan aku bila tengok dia orang pakai tuala aku. Bernanah mata tau. Itu pun salah satu kategori jenayah juga kan.
Masalah dengan kebanjiran pendatang asing macam Indonesia, Bangladesh, Myanmar, Nepal merupakan salah satu faktor penyumbang kepada pertumbuhan jenayah dengan pesat. Macam yang terjadi di Pulau ni. Masyarakat menghadapi masalah dengan warga Burma yang berkelakuan seperti " Belanda dapat tanah". Tak tau lah macam mana boleh timbul peribahasa tersebut. Mungkin masa Belanda sibuk menjajah Indonesia. Bukan kah kita serumpun,maka cubit paha kanan maka paha kiri pun terasa. Kalau sebut Bukit Malut ermm ramai yang menceber bibir..menjuih sebab meluat. Ini kerana dasar orang menumpang yang tidak pandai membawa diri, cuba berlagak seperti tanah tumpah air sendiri. Tambah lagi bila ada pembela disebalik jenayah yang dilakukan lagi berlemak orang-orang seperti ini.
Tidak dapat dipastikan sama ada yang bertanggung jawab membunuh mendiang Irene tu warga malaysia atau warga asing. Aku sendiri rasa bimbang yang amat sangat bila anak-anak turun bermain di taman. Hati mula pikiaq macam-macam. Sebab tu bila si Luqman sibuk nak main futsal nak berjalan malam-malam hari dengan kawan-kawan ke stadium walaupun dekat saja jarak dari rumah aku tak izinkan. Tengah berjalan tu tetiba ada orang mai cekup hah haru kan. Bawa lari ke Thailand ker mana ker kena jadi pengemis Nauzubillah.
Mendiang Irene Ong Ai Sam.
Sentiasalah berdoa supaya kita dan keluarga kita dijauhkan dari segala malapetaka.
2 comments:
Hi Madam Casper, really sad and regret to bacha cherita ni. Kesian betul.
Hope the police dapat tangkap those murders!
A young mother not even in the prime of her life.
You keep well.
Best regards.
Lee.
Ya uncle Lee...keadaan dah tak sama macam dulu. Serius kadang2 rasa bimbang nak keluar rumah.
Post a Comment