Tuesday, 7 May 2013

Salam Selasa

PRU13 dah pun berlalu. Result pun semua orang dah tau. Ini kali ke 3 saya mengundi. Jadi tidak la terlalu teruja.
Budak yang lebih excited...ingat nak bawa dia berjalan padahal kena tinggal kat rumah Mak Tom.

Hari mengundi tu sengaja kita orang pergi lepas lunch hour. Kalau pergi awal tu saheh orang ramai kan. Jadi biarlah lewat sikit jadi reda sikit bilangan orang tu. Segalanya berjalan dengan lancar. Balik malam tu melangut tunggu keputusan la pulak. Alahaiiii. Jadi keputusan sudah pun diketahui. Seperti biasa mesti ada saja yang tak puas hati disana-sini. Jarang aku posting pasal bab-bab politik ni sebab aku tak pandai dan bukan bidang aku. Jadi aku cuma menumpang membaca apa yang blog2 lain tulis.


Pemandangan yang cuma boleh dilihat 5 tahun sekali.....meriah sebenarnya dengan poster-moster nih. 


Bang Chik yang makin sibuk dengan aktivitinya.Bola!! bola!!! dan bola.  Dia jadi goal keeper..satu posisi yang mana banyak orang puji dia tangkas menangkap bola. Pesan saya..main sehingga keperingkat dunia tapi jangan lupa Allah, Rasul dan kedua ibu bapa. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin