Thursday, 4 April 2013

Tingkat 4 bersama-part 1

"Perempuan sial..tak guna" Suara kasar itu bergema lagi. Che Ta yang kebetulan berada dibilik air cepat-cepat keluar dan berlari ke living hall rumahnya yang seciput. Dia memerhati anak-anaknya yang leka dengan aktiviti masing-masing. Lega. Cuma Bang Chik yang bersuara
" Pakcik Wahab mengamuk la tu" Che Ta jegil mata kepada Bang Chik.
"Jangan menyibuk hal orang" katanya lagi sambil menggeletek Bang Chik. Mencicit Bang Chik lari sebab geli,
Aktiviti membasuh baju diberhentikan serta merta. Malas Che Not rasa nak dengar semua tu. Rasa simpati mengalir laju kepada Kak Ain isteri Cik Wahab tu. Kebetulan Cik Ain tu mengasuh Hadiff anak Che Not.
Marah Che Not sebenarnya kepada laki  Kak Ain. Bukan dia tak tau keadaan kewangan Kak Ain tu. Suami sihat, segar bugar. Kalau setakat kerja tukang kebun, cleaner tu larat lagi lah. Tambah pulak tangga gaji la ni semua diwajibkan RM900.00. Jika dicampurkan dengan upah mengasuh yang Kak Ain dapat tu rasanya cukup untuk mereka walaupun tak semewah mana. Tapi laki Kak Ain malas nak berkerja. Semua perbelanjaan harapkan duit upah mengasuh yang Kak Ain dapat. Geleng kepala Che Not memikirkan masih ada orang yang tidak mahu berganjak kehadapan. Kak Ain pernah bercerita, kalau laki dia ada duit dia cuma beli makanan untuk perut dia sendiri. Anak-anak cuma memerhati saja bila dia makan. Kak Ain stress tapi dia harus bersabar juga. 
" Perempuan sial tu la yang kasi kau makan....yang tak guna tu la susah payah bila kau sakit" rungut Che Not sorang-sorang. Kalau laki kak Ain tu ada depan mata mau kena siku dengan Che Not. 
Kalau dulu bila Che Not dengar saja dia orang bergaduh mesti Che Not menyibukkan diri sms Kak Ain. Tanya Ok ke tidak. Tapi sekarang Che Not diam saja. Sudah cukup sudah. 
Che Not terkilan sebenarnya dengan Kak Ain. Che Not baik dengan Kak Ain sebab dia kesian kan Kak Ain. Selalu bawa anak-anak Kak Ain keluar. Selalu mengadu kepada Kak Ain. Baik tanpa batasan dan tanpa mengharap balasan. Ikhlas. Tapi Kak Ain bermuka-muka. Depan Che Not lain hujahnya, belakang Che Not lain skripnya. Sentap hati Che Not bila tau karekter Kak Ain. Che Not label Kak Ain macam Dr Jekyll dan Mr Hyde. Che Not tidak mampu berpura-pura. Sejak mengetahui kebenarannya Che Not cuba elak dari bersemuka dengan Kak Ain. Tapi Hadiff tetap di hantar . Tak baik pula memutus rezeki orang lain. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin
Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers