Tuesday, 2 April 2013

Zero :(

Seronok bila tengok yang berjaya bila menceburi diri dalam bidang perniagaan. Tak kiralah samada bisnes secara online ker, kiosk ka, dari rumah ke rumah ker. Yang berhenti kerja dan full time buat bisnes online pun ada juga. Contoh si Sepet >>>> SEPET. Aku kata dia berjayalah sebab dia berani dan nekad berhenti kerja dan dok kat rumah set-up bisnes online. Selalunya orang muda-muda ni nak kerja dan kumpul duit KWSP banyak-banyak. Ehh ada related ker?? :). 
I pun teringin juga nak melibatkan diri dengan bisnes ni. Tapi knowledge I bab bisnes ni zero. Kosong. Teloq ayam. I pernah jual kain, tak kemana juga sebab hati i mudah jatuh kesian kat orang. Bila orang tak bayar ermm jawabnya..berapa yang ada kak bagi lah. Last sekali modal kemana untung tenggelam terus hehe. Satu sebab I tak berani nak letak harga tinggi-tinggi. Takut orang tak berminat dan kesian kat orang. hehehehehe.
Apa pun nak kena gali ilmu dari mereka yang berjaya kan. Tak dak ilmu habis ler. 

Oh ya tapi I dah kirim 10 helai kain batik kat Kakak Ipar I untuk dia jual di kampung. Ha kau kak i letak harga sehelai 25 ringgit. Tersentak juga I dengar harga tu ..tapi Kak I kata tu harga 2 kali bayar la...kalau sekali bayar 20 jer. Ok suka hati kak lah....

No comments:

Blog Widget by LinkWithin