My PIL ada dirumah. Saja jer la bawa dia orang dok sini. Kasi rest sama depa. Tapi susah oooo nak pujuk ibu mertua ku nan seorang tu untuk mai sini. Macam-macam alasan dia bagi. Apa juga dia kata semua kena patuh. Memang marah juga dengan dia hari tu. Tapi tahan dalam hati sajalah. PIL dah uzur sebenarnya.
My FIL memang nak mai sini. Tapi my MIL pulak yang banyak alasan. Dia suruh FIL ikut kami balik ke sini tapi dia tak mau ikut. Macam dia tak tau kalau dia tak ikut..saheh FIL pun tak mau ikut. Main psikologi oooo ibu mertuaku.
I balik hari Khamis 9/5/13 dengan anak-anak saja. Malas nak tunggu en.Atan yang tak berkesudahan busy, Tapi dia pesan suruh pujuk mak dia ikut kami balik tak boleh tidak. Macam dia tak tau yang hati mak dia tu kerassssss. Malam tu I tanya dia nak ikut kami balik tak...dia kata nantilah nak fikir lah apa lah. I dah agak dia tak nak ikut kami la tu. Memang i rasa marah jugak. Tapi i diam saja lah. SMS en.Atan..mak dia tak mau ikut.
Esok pagi kami bersiap nak balik...dia boleh rileks lagi. Bila tanya jawapan dia masih sama..."nak fikir". Nak fikir apa lagilah...sebab kami dah packing barang nak balik. I tak mau balik petang sebab hujan dan sepanjang highway nak ke bukit kayu hitam tu...treler sesaja. Last I cakap kat MIL " Jom ikut kami balik...apa yang kami makan...mak makan" hah ayat tu saja yang membuatkan my MIL terus packing baju hahahaha. Hubungan i dan my MIL biasa-biasa saja, Serius i tak tau nak zahirkan perasaan sayang tu. Cuma bila lama tak balik jenguk dia I sedar yang I rindukan dia. Rasanya biarlah kami macam ni..asalkan kami masih mampu untuk bersembang dan bercerita. Asalkan I rasa hormat I masih tebal pada dia. Asalkan I tetap sedar yang syurga suami I di bawah telapak kakinya. Asalkan I dan anak dia masih diberi kesempatan untuk berbakti pada dia. Barang yang lepas jangan dikenang walaupun susah nak dilupakan. I kena bersifat lebih terbuka dan merendah diri. Tak boleh nak ikut kata hati....hohohoho I ada 6 orang anak dan I tak mau 6 orang menantu I "kurang ajar" dengan I. What goes around comes around .....huh serius I tak mau ok. I layan dan dengar sajalah apa yang dia cerita. Isi hati dan rasa hatinya pada biras I. Biasalah hati orang tua kan sensitif. I tak komen lah cuma suruh dia let go benda tu..kalau dok mengkelan takut biras i tu terkena tulah pulak. :)
Selamat hari ibu "mak"...walau apa pun mak tetap ibu mertua saya yang terbaik. Walaupun saya tak pernah ucapkan direct dengan mak, tapi sesungguhnya saya tetap sayangkan mak..dan rindukan mak. Mak sentiasa dalam doa saya.
No comments:
Post a Comment