Wednesday, 12 June 2013

Finally we moved


Finally we moved jugak. Setelah sekian lama bertabah hati dengan keadaan persekitaran, orang tu dan orang ni. Sebenarnya sayang sangat nak tinggalkan kawasan tu sebab kami dah dok dalam pekan, semua kemudahan senang dapat. Ralat betul. Tapi berbalik kepada ini adalah yang ditentukan oleh Allah kepada kami maka we are happy. Ya sering kali aku berdoa supaya segala urusan dipermudahkan dan diberikan kami pilihan yang terbaik. Dan ini adalah pilihan terbaik yang kami dapat dan urusannya pun terlalu mudah dan cepat. Syukur Alhamdulillah.  

Rumah ni besar dan sesuailah untuk keluarga kami. Ada 4 bilik dan 2 bilik air. Dah semua pakat berhimpun mandi kat bilik master bedroom. Ermmm nak larang pun kesian. Paling seronok Acik Chenah la..rumah besar dia punya berkawad dalam rumah tok sah ceritalah. Walaupun pindah tapi anak2 tetap bersekolah disekolah yang sama. Bayangkan tiap hari kena ulang alik ke Kuah nu hantar budak2 tu pi sekolah. Bang Teh dan Muaz kena bangun awallah...keluar rumah sekali dengan Kakak dan Muaz. 

Kami pindah sebab keadaan sosial kat flat tu dah tak sesuai dengan anak-anak.Sebelum ni kan kami terpaksa hadapi karenah anak remaja kami yang cuba berlagak dewasa. Hati memang tak tenteram. Pandai turun melepak malam2. Tak padan dengan umur. Hari-hari stress, sampai terpaksa ambil ubat. Wah kalau tak pergi check aku sendiri tak tau yang aku ni stress. Kemuncak bila satu malam dia turun melepak sampai pukul 12 mlm. Dia balik rumah...lepas tu bila aku nak masuk tidur, diam2 dia turun rumah lagi. Aku sms dia , dia kata dia ikut anak jiran aku pi KFC. Orang tu nak belanja walhal depa cuma pi melepak kat sebelah KFC sebab nak guna wifi KFC tu. Aku sms abahnya, abahnya pi ikut dan bawa dia balik rumah dan dapat lah habuannya. Ingatkan dah insaf rupanya macam tu juga cuma tak berani nak turun malam2. Jadi sebelum terlambat kami buat keputusan untuk berpindah. Bukan nak menghina atau mengeji tapi sesungguhnya persekitaran rumah flat memang tak sesuai untuk didiami bila anak meningkat remaja..tambah lagi bila ibu bapa berkerja. 

No comments:

Blog Widget by LinkWithin