Tuesday, 25 June 2013

Redha dan pasrah

Hari ni 16 Syaaban. Lagi 15 hari nak sambut puasa. Hati saya gundah. Tapi tak apa lah ini cuma ujiankan. Ohh susah nak pujuk hati supaya jangan ralat dah jauh hati. Kami sudah mencuba yang terbaik tapi mungkin tidak mencapai piawaian yang dikehendaki. Cuma mampu berdoa yang mereka akan sedar juga kekhilafan mereka. Kami tidak kata kami betul 100% cuma rendahkan lah sikit ego tu. Lapangkan hati untuk bergaul mesra dengan anak cucu. Opss terlebih sudah.
Apa pun saya pasrah dan redha. Allah yang maha mengetahui segalanya. Semoga kita semua akan bahagia dan mendapat berkat.

No comments:

Blog Widget by LinkWithin